Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ker.tau] | کرتاو

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya, yg daunnya dijadikan makanan ulat sutera), be(be)saran, tut, Morus alba (indica). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ker.tau] | کرتاو

Definisi : nama sj pokok yg daunnya dijadikan makanan ulat sutera, Morus alba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kertau


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MOHD. HILMEY MOHD. TAIB, DATO'

MOHD. HILMEY MOHD. TAIB, Dato’ (1953-    ), ahli korporat, Ketua Eksekutif Kumpulan PNB (sejak 1995). Dia lahir pada 31 Mei 1953 di Kertau, Chenor, Pahang. Mohd. Hilmey menamatkan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Pahang. Dia kemudian melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya dalam bidang perakaunan. Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan pengkhususan dalam bidang Perakaunan pada tahun 1976. Pada tahun 1990, dia menerima ijazah Master in Business Administration daripada Cranfield Institute of Technology, United Kingdom. Dia juga seorang Akauntan Awam dan diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants pada tahun 1980.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas