Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bunyi spt bunyi menggaruk (mengikis, mengerik, dsb); kapal ~ kapal korek; mengeruk 1. menggaruk atau mengerik dgn kuat (dgn tangan, penggaruk, dsb) utk mengĀ­ambil sesuatu, mengikis, mengerik: ~ tanah dgn tempurung; ~ kerak nasi dgn senduk; 2. mengorek, menggali, mengeduk: ~ lumpur; 3. menggaruk dgn tangan; 4. menyelukkan tangan (memasukkan tangan ke dalam); mengerukkan; ~ tangan a) membuat tangan mengeruk (mengerik, mengorek) sesuatu; b) menyelukkan tangan; terkeruk-keruk tergaru-garu, tergaruk-garuk (kerana berasa gatal dsb): dia ~ kerana terkena miang rebung; pengerukan 1. perihal (perbuatan) mengeruk; 2. pengorekan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keruk I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LADING

LADING,  pengangkutan air yang diperbuat daripada batang kayu panjang yang di keruk untuk dijadikan ruang duduk penumpang. Lading juga dikenal sebagai jalur, penak atau melangbing. Lading berbentuk tirus di hujung dan di pangkal, dan bahagian tengahnya lebih lebar.

BUDAYAKenderaan/Pengangkutan

Kembali ke atas