KATARAK | Katarak ialah kekabutan yang berlaku pada lensa mata. Kesannya kepada penglihatan tertakluk kepada takat kekabutan tersebut. Bintik-bintik kecil dalam lensa mata mungkin tidak akan menyebabkan kehilangan penglihatan. | UMUM | |
APPOLINAIRE, GUILLAUME | Appolinaire, Guillaume (1880–1918), penyair Perancis yang merupakan salah seorang pemimpin seni di Paris pada dekad sebelum Perang Dunia I (1914–1918). Kesannya terhadap syair sama seperti rakannya Pablo Picasso dalam lukisannya. Appolinaire bereksperimen dalam gaya kesusasteraan moden. Sebagai pengkritik seni, dia berjuang untuk kubisme dan lukisan abstrak awal. Pada tahun 1917, dia mencipta perkataan surealisme (lihat Surealisme ). | UMUM | |
MEDAN ELEKTRIK | Medan elektrik wujud dalam ruang di sekeliling jasad bercas dan boleh dikesan melalui kesannya ke atas jasad bercas yang lain dalam medan itu. | UMUM | |
PERANG PETANI | Perang Petani merujuk kepada pemberontakan petani Jerman terhadap golongan bangsawan pada tahun 1524 dan tahun 1525. Ia merupakan pemberontakan terbesar oleh petani dalam sejarah negeri Jerman. Pemberontakan meletus pada akhir tahun 1524 di Stuhlingen di kawasan Black Forest dan pantas merebak ke utara. Kemudian seluruh rakyat Jerman, kecuali di Bavaria menerima kesannya. Para petani menyerbu istana kota dan memaksa bangsawan untuk memenuhi tuntutan mereka. Bendera mereka, yang dikenali sebagai Bundschuh , diperbuat daripada kain berwarna hitam, putih, dan merah dengan gambar kasut petani. | UMUM | |
BIOGEOGRAFI | Biogeografi, kajian tentang taburan tumbuhan dan haiwan di dunia. Biogeografi turut menjelaskan faktor berlakunya taburan tersebut serta kesannya terhadap persekitaran dan manusia. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Konsep |
AKUSTIK | Akustik ialah kajian tentang bunyi dan kesannya terhadap pendengaran iaitu kualiti bunyi yang didengar atau disebarkan dalam sesuatu ruang. | FIZIK | Konsep |