Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sar.ja.na.an] | کسرجاناءن

Definisi : 1. pengetahuan dan ke­mampu-an seseorang sarjana, kepandaian, keahlian: ~ ini penting di universiti; 2. hal-hal yg ber-kaitan dgn sarjana: nyatalah bahawa buku ini ialah sumbangan besar dlm perkem-bangan dan ~ Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sar.ja.na.an] | کسرجاناءن

Definisi : hal-hal yg berkaitan dgn sarjana; ke­ahlian; kepandaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesarjanaan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AKADEMI BRITISH

Akademi British ialah sebuah institusi di United

Kingdom yang menggalakkan kesarjanaan dalam

bidang kemanusiaan dan sains sosial

UMUM 
ALCUIN

Alcuin (735 M.–804 M.) ialah sarjana, guru dan

penulis Inggeris. Dia menuntut di sekolah biara di

York, pusat pengajian di England pada masa itu.

Alcuin menjadi penasihat kepada Maharaja

Charlemagne pada tahun 782 M. (lihat

Charlemagne ). Pengetahuannya tentang

pencapaian kesarjanaan Anglo-Saxon membantu

membawa pembaharuan Carolingian. Dia

membuat banyak reformasi pendidikan dan

merupakan ahli terkemuka akademi Charlemagne.

UMUM 
PPMMPPMM, Persatuan Pengajian Melayu Malaysia, salah satu daripada 23 buah pertubuhan dan institut penyelidikan yang menjadi badan kerabat Kongres Cendekiawan Melayu. Persatuan ini ditubuhkan pada 16 Oktober 1977 sebagai memenuhi salah satu revolusi yang dicapai oleh Simposium Kesarjanaan Melayu yang berlangsung pada bulan April 1977. Penubuhan persatuan ini dirasmikan oleh Dr. Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia.BAHASAInstitusi/Organisasi
JABATAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

JABATAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA, pusat pengajian dan pengajaran bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu yang tertua di negara ini. Ditubuhkan pada 5 Oktober 1953 di Universiti Malaya Singapura atas kesedaran, desakan dan pengorbanan guru – guru sekolah Melayu. Mereka yang mengusahakan penubuhan jabatan ini telah sanggup menghulurkan sumbangan demi kepentingan kesarjanaan Melayu, walaupun pihak pemerintah Kolonial pada masa itu memandang sepi terhadap penubuhan jabatan ini. Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya (JPMUM) berpindah ke Kuala Lumpur berikutan dengan penubuhan Universiti Malaya Kuala Lumpur pada Januari 1959.

BAHASAInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas