KESELAMATAN DI AIR | Keselamatan di air lihat Berenang; Keselamatan. | UMUM | |
KESELAMATAN | Keselamatan ialah bebas daripada kecederaan atau bahaya kecederaan. Perkataan keselamatan juga merujuk langkah berjaga-jaga yang diambil untuk mengelakkan kemalangan. Kemalangan ialah penyebab utama kematian di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, sebagai contoh, lebih kurang 94 000 orang terbunuh setiap tahun kerana kemalangan. Kira-kira sembilan juta orang cedera parah akibat kemalangan. Kemalangan juga menyebabkan banyak wang digunakan setiap tahun bagi perbelanjaan perubatan dan kehilangan pendapatan. | UMUM | |
JAKET KESELAMATAN | | UMUM | |
INJAP KESELAMATAN | | UMUM | |
LAMPU KESELAMATAN | | UMUM | |
PERKHIDMATAN KESELAMATAN | Perkhidmatan keselamatan yang dikenali umum sebagai MI5, ialah perkhidmatan kerajaan yang bertanggungjawab untuk melindungi Britain daripada pengintipan, sabotaj, atau sebarang aktiviti yang berbahaya kepada negara berkenaan. | UMUM | |
PERSIDANGAN KESELAMATAN DAN KERJASAMA DI EROPAH | Persidangan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (Conference on Security and Cooperation in Europe – CSCE) ialah siri persidangan yang diadakan untuk meningkatkan kerjasama di antara negara-negara Timur dengan Barat Eropah. Sehingga akhir tahun 1991, peserta persidangan ini ialah Kesatuan Soviet dan semua negara di Eropah, termasuk Amerika Syarikat dan Kanada. Pada tahun 1991, Kesatuan Soviet berpecah dan menjadi beberapa buah negara yang merdeka. Sejak itu, Rusia menduduki kerusi Kesatuan Soviet, dan negeri- negeri yang dahulunya bernaung di bawah Kesatuan Soviet juga telah menyertai CSCE. Sebahagian daripada negara-negara tersebut adalah di Asia Barat dan Asia Tengah. Kini, kira-kira 50 buah negara secara rasmi menyertai CSCE. | UMUM | |
AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI 1960 | Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, undang-undang bertulis yang memberikan kuasa kepada kerajaan melalui pihak polis atau Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, untuk menahan seseorang yang dianggap membahayakan keselamatan negara. | UNDANG-UNDANG | Akta |
KESELAMATAN PENGENDALIAN MAKANAN | Keselamatan pengendalian makanan ialah proses pengawalan dan penjagaan kebersihan makanan pada peringkat penyediaan, penyimpanan, menghidangkan makanan dan semasa makan. | PEMAKANAN | Kaedah |
PERSIDANGAN LOCARNO | Persidangan Locarno, menghasilkan Pakatan Keselamatan Rhineland dan enam perjanjian lain. Pada bulan Oktober 1925, perwakilan daripada tujuh buah negara Eropah bertemu di Locarno, Switzerland untuk membincangkan rancangan mengekalkan keamanan di Eropah. Belgium, Czechoslovakia, Perancis, Jerman, Britain, Itali dan Poland menghantar wakil ke persidangan tersebut. Masalah yang paling penting dalam persidangan ini adalah untuk mencari penyelesaian antara Perancis dengan Jerman. Selepas Perang Dunia I, pertama kali persidangan itu menerima Jerman sebagai sebuah negara sahabat. Apabila persidangan ini tamat pada 16 Oktober 1925, para perwakilan bersetuju menandatangani tujuh perjanjian. | UMUM | |