JAWATANKUASA KESELURUHAN | | UMUM | |
OSTEOSKLEROSIS | Osteosklerosis bermakna pengerasan, penebalan dan peningkatan kepadatan tulang. Ia boleh melibatkan sebahagian tulang, keseluruhan tulang, atau keseluruhan rangka. Bentuk yang paling biasa yang dikenali sebagai tulang marmar atau osteopetrosis , adalah penyakit keturunan yang jarang berlaku yang menyerang kanak-kanak. Dalam penyakit ini, tulang menjadi amat padat dan tebal. Ketebalan yang bertambah ini mengisi ruang yang mengandungi sumsum tulang, iaitu tisu yang membuat sel darah merah. Akibatnya, kanak-kanak mengalami anemia yang teruk. Tulang yang mengalami osteosklerosis menjadi rapuh dan lebih mudah retak daripada tulang normal. Osteosklerosis boleh berlaku pada sebahagian tulang akibat jangkitan atau tumor. | UMUM | |
DEKATLON | Dekatlon ialah pertandingan yang memakan masa selama dua hari dalam sepuluh acara untuk menentukan johan secara keseluruhan. Atlet akan bertanding dalam acara pecut 100 meter, lompat jauh, lontar peluru, lompat tinggi, dan larian 400 meter dalam urutan yang sama pada hari yang pertama. Acara pada hari kedua ialah lari berhalangan 110 meter, lempar cakera, lompat bergalah, lontar lembing dan lari 1500 meter. Atlet bertanding melawan masa dan jarak piawaian yang telah ditetapkan, bukannya bertanding antara satu sama lain. Setiap acara dapat menghasilkan hingga 1200 mata. Atlet yang meraih mata keseluruhan yang paling banyak memenangi pertandingan dekatlon ini. | UMUM | |
ESTET | Estet ialah istilah undang-undang yang merujuk kepada keseluruhan harta yang dimiliki oleh seseorang individu. Istilah ini juga merujuk kepada hak atau kepentingan seseorang dalam sesuatu bidang tanah. | UMUM | |
MANDIBEL | Mandibel atau tulang rahang bawah, berbentuk seperti ladam kuda. Kita boleh merasakan keseluruhan tulang ini dari dagu hingga ke pelipis. | UMUM | |
OTTO | Otto ialah nama tiga orang raja dan maharaja Jerman, iaitu bapa, anak dan cucu lelakinya. Keseluruhan pemerintahan mereka bermula dari tahun 936 M. hingga tahun 1002. | UMUM | |
MUHAMMAD BIN TUGHLUQ | Muhammad bin Tughluq (1290–1351) merupakan sultan kedua Dinasti Tughluq. Dinasti itu memerintah hampir keseluruhan subbenua India tetapi pemerintahannya tidak lama. Baginda diputerakan di Delhi. Baginda menunjukkan kepandaian semasa masih kecil, dan menunjukkan dirinya bakal menjadi pahlawan. Baginda membesar menjadi orang yang beradab, toleran dan berwawasan, namun boleh bertindak kejam. | UMUM | |
YU RIMAU | Yu rimau mendapat namanya daripada jalur berwarna gelap yang ketara di belakang dan sisinya. Warna keseluruhan ikan ini adalah kelabu kebiruan. | UMUM | |
TARKINGTON, BOOTH | Tarkington, Booth (1869–1946) ialah penulis novel dan drama Amerika. Karyanya dianggap sebagai salah satu gambaran yang terbaik bagi keseluruhan aspek kehidupan di barat tengah, Amerika Syarikat. Karya Tarkington meliputi pelbagai jenis daripada Monsieur Beaucaire (1900) yang sentimental dan romantik kepada Penrod (1914) yang penuh jenaka, dan Alice Adams (1921) sebuah karya realisme. Karya novel triloginya berjudul Growth (1927) memaparkan keratan rentas kehidupan di bandar seperti yang terdapat di bandar kelahirannya, Indianapolis, Indiana, Amerika Syarikat. Novel triloginya merangkumi The Turmoil (1915), The Magnificent Ambersons (1918), dan The Midlander (1923). Penrod, Penrod and Sam (1916), dan Seventeen (1916) memaparkan kegembiraan dan masalah golongan muda. | UMUM | |
POKOK JUDAS | Pokok judas ialah pokok kecil yang berasal dari selatan Eropah. Pokok judas kelihatan cantik terutamanya pada awal musim bunga apabila keseluruhan pokok diliputi bunga halus berwarna samar, setiap satunya panjangnya kira-kira 2.5 sentimeter. Bunganya keluar dari kayu lama dan ranting baru. Ia berbunga sebelum daunnya muncul. Kulit pokok yang berwarna kemerahan adalah licin dan kayunya keras berira rapat. Daunnya berbentuk hati. Pokok judas mengeluarkan banyak biji dalam lenggai yang leper, nipis. Pokok ini dikenali sebagai pokok judas kerana kepercayaan bahawa Judas Iscariot, pembelot Jesus Christ, menggantung dirinya pada pokok demikian. | UMUM | |