PERNIAGAAN | Perniagaan, termasuk kesemua kegiatan pengeluaran barang dan perkhidmatan secara komersial. Pengeluar terdiri daripada kedai kecil yang dimiliki oleh orang perseorangan sehingga kepada organisasi besar yang dimiliki oleh beribu- ribu pemegang saham. Perkataan perniagaan boleh merujuk kepada pengeluar barang atau perkhidmatan yang sama, seperti perniagaan pakaian , perniagaan hiburan, atau perniagaan insurans . Perusahaan perniagaan oleh individu juga boleh dipanggil sebagai perniagaan. | UMUM | |
BUTA WARNA | Buta warna yang kadangkala dikenali dengan istilah daltonisme ialah ketakbolehan membezakan kesemua warna. Kebolehan untuk melihat warna berpunca daripada sel penglihatan khusus, yang dinamakan kon, yang terdapat pada retina mata. Seseorang yang normal penglihatan warnanya mempunyai tiga jenis kon, dan setiap jenis kon itu peka terhadap warna yang berbeza. Orang yang buta warna tidak mempunyai satu, atau dua, atau kesemua jenis kon ini. | UMUM | |
POKOK | Pokok ialah tumbuhan yang terbesar daripada kesemua tumbuhan. Pokok yang paling tinggi tumbuh lebih tinggi daripada bangunan 30 tingkat. Banyak pokok juga hidup jauh lebih lama daripada tumbuh-tumbuhan lain. Sesetengah pokok hidup beribu-ribu tahun. Pokok adalah benda hidup yang diketahui tertua. | UMUM | |
ZIRAFAH | Zirafah ialah haiwan yang tertinggi daripada kesemua haiwan. Zirafah jantan mungkin membesar lebih daripada 5.5 meter tingginya – 1.5 meter lebih tinggi daripada gajah Afrika, haiwan yang kedua tertinggi. | UMUM | |
MOGOK | Mogok ialah tindakan berhenti kerja oleh sekumpulan pekerja. Kesemua atau sebilangan pekerja sesebuah syarikat mungkin terlibat. Pekerja menggunakan mogok sebagai senjata tawar-menawar. Mereka berharap mogok atau ancaman untuk mogok akan memujuk syarikat agar bersetuju dengan tuntutan mereka untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi, keadaan kerja yang lebih baik, atau faedah-faedah lain. | UMUM | |
KEMANDULAN | Kemandulan merujuk kepada ketakupayaan membiak. Kemandulan berlaku pada kesemua bentuk hidupan, daripada mikroorganisma hingga kepada tumbuh-tumbuhan dan haiwan peringkat tinggi dan manusia. | UMUM | |
SHERMAN, ROGER | Sherman, Roger (1721–1793ialah satu-satunya individu yang menandatangani kesemua empat dokumen yang masyhur berhubung dengan Revolusi Amerika: Artikel Persatuan (1774), Perisytiharan Kemerdekaan (1776), Artikel Konfederasi (1777), dan Perlembagaan Amerika Syarikat (1787). Sherman lahir di Newton, Massachusetts. Pada tahun 1743, dia berpindah ke Connecticut, dan berjaya menjadi terkenal dalam bidang perniagaan dan politik. Sherman adalah hakim Mahkamah Tinggi Connecticut dari tahun 1766 hingga tahun 1789. | UMUM | |
KIBBUTZ | Kibbutz ialah suatu bentuk komuniti Yahudi di Israel yang anggotanya tidak memiliki harta peribadi. Kesemua harta menjadi milik kibbutz dan ia memenuhi segala keperluan anggota serta keluarganya. Kesemua anggotanya bekerja untuk kibbutz dan menerima barangan dan perkhidmatan sebagai ganti upah. Barangan dan perkhidmatan itu termasuk makanan, perumahan, pendidikan, penjagaan kanak-kanak dan rawatan perubatan. Kibbutz kadang-kadang dikenali sebagai komuniti kolektif. | UMUM | |
ALGERIA | Algeria ialah negara besar yang terletak di utara Afrika. Antara kesemua negara di Afrika hanya Sudan lebih besar daripada Algeria. | UMUM | |
ETIMOLOGI | Etimologi ialah kajian tentang asal usul dan perkembangan kata. Seperti bangsa dan negara, kesemua kata mempunyai sejarah yang boleh dikesan. | UMUM | |