EMPAYAR BYZANTINE | Empayar Byzantine ialah kesinambungan Empayar Rom. Ia juga dikenali sebagai Empayar Rom Timur oleh sebab ia memerintah bahagian timur Empayar Rom. | UMUM | |
KESUSASTERAAN LATIN | Kesusasteraan Latin meliputi esei, sejarah, puisi, drama dan penulisan lain pada zaman Rom purba. Dalam kebanyakan penghasilannya, ia seolah-olah merupakan kesinambungan kesusasteraan Yunani, yang banyak menggunakan bentuk yang serupa. Namun begitu, sastera Latin turut mencerminkan kehidupan dan sejarah Rom purba. | UMUM | |
BAHASA MELAYU RIAU | BAHASA MELAYU RIAU, pecahan daripada bahasa Melayu Johor-Riau. Bahasa Melayu Riau merupakan kesinambungan daripada bahasa Melayu kerajaan Melaka. Setelah kota Melaka jatuh ke tangan Portugis, kerajaan Melayu berpindah ke Johor dan kemudian ke Riau. | BAHASA | Konsep |
PUISI MELAYU MODEN | PUISI MELAYU MODEN, puisi Melayu yang menerima pengaruh moden Barat. Puisi ini juga merupakan kesinambungan daripada puisi Melayu lama, dipengaruhi oleh pantun, syair, gurindam, seloka dan talibun. | SASTERA | Konsep |
NORODOM SIHANOUK | Norodom Sihanouk (1922– ) ialah raja Kemboja. Baginda mula-mula menjadi raja pada tahun 1941, tetapi turun takhta pada tahun 1955 untuk memasuki politik. Sihanouk mengambil semula gelaran raja pada tahun 1993, berikutan kepulangannya dari pembuangan negara di China. Di bawah syarat Perlembagaan 1993 Kemboja, raja berfungsi sebagai “simbol perpaduan dan kesinambungan negara”. Baginda hampir tidak berpengaruh dalam hal ehwal harian negara, tetapi mendapat sokongan majoriti rakyat Kemboja. | UMUM | |
CETERIA | CETERIA, golongan kedua selepas wazir dalam hierarki Kesultanan Brunei. Kewujudan dan kesinambungan Kesultanan Brunei sedikit sebanyak bergantung pada sokongan mereka. Golongan ceteria menjadi ‘pasak’ kepada piramid kesultanan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
BRANDES, J.L.A | BRANDES, J.L.A. (1857-1905), pengkaji bahasa Austronesia. Nama sebenarnya ialah Jan Laurens Andries Brandes. Dia berasal dari Belanda. Dia banyak menghasilkan penulisan dalam bidang filologi, bahasa Melayu dan kesusasteraan Jawa kuno dan moden. Disertasi untuk ijazah Doktor Falsafah yang berjudul “Perbandingan Tatabunyi antara Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Bahagian Barat” yang disiapkan pada tahun 1884 di Utretch, merupakan kesinambungan daripada hukum bunyi yang dikaji dan dikemukakan oleh Van der Tuck. | BAHASA | Tokoh |
PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN MELAYU | PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN MELAYU, persidangan yang menilai serta mengkaji kedudukan dan perkembangan semasa dalam berbagai-bagai-bagai aspek bidang pengajian Melayu. Persidangan ini berlangsung dari 21 hingga 23 Ogos 1989 bertempat di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Persidangan yang bertemakan “Melayu: Persoalan Warisan dan Kini”, menyatakan pentingnya kepekaan terhadap kesinambungan perkembangan dunia Melayu dari dahulu hingga kini. | BAHASA | Peristiwa |