Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.su.sa.han] | کسوسهن

Definisi : 1. perihal susah, kesengsaraan, kesukaran, kesulitan: separuh drpd ~ yg dihadapi oleh manusia ialah ~ mencari makanan; 2. menanggung susah, kepayahan: janganlah kamu biarkan pd masa ia dlm ~ atau keuzuran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.su.sa.han] | کسوسهن

Definisi : 1 keadaan susah; sesuatu yg susah; kesukaran; kesulitan: Sesiapa yg mengembara ke sana akan mengalami berbagai-bagai ~ dan bahaya. 2 menanggung atau menderita susah: Dlm musim kemarau yg berpanjangan, ramai yg ~ dlm mengharung hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susah (adjektif)
1. Bersinonim dengan sukar: payah, rumit, sulit,

2. Bersinonim dengan jarang ada: sukar terdapat

3. Bersinonim dengan miskin: papa, daif, melarat, serba kekurangan,

Kata Terbitan : bersusah-susah, menyusahkan, kesusahan,

Peribahasa

Berapa berat mata memandang,
     berat juga bahu memikul.

Bermaksud :

Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu.

 

Lihat selanjutnya...(93)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NABI YUSUF A.S.

Nabi Yusuf a.s. Nama penuh baginda ialah Yusuf

ibn Ya‘kub ibn Ishaq ibn Ibrahim a.s. Baginda

merupakan salah seorang daripada nabi-nabi Allah

SWT. Nabi Ya‘kub a.s. mempunyai 12 orang anak

lelaki. Nabi Yusuf a.s. merupakan seorang anak yang

kacak rupa parasnya, dan menyebabkan baginda

lebih disayangi oleh Nabi Ya‘kub. Ini telah

menyebabkan saudara-saudara baginda yang lain

berasa cemburu dan memberi kesusahan kepada

baginda. Namun begitu, kesusahan itu telah menjadi

satu kebaikan dan keberkatan kepada baginda,

negeri Mesir dan umat manusia di persekitarannya.

Pada suatu hari, ketika Nabi Yusuf masih kecil,

sebagaimana yang diceritakan dalam al-Qur'an

al-Karim, Nabi Yusuf a.s. bermimpi melihat 11 bintang,

matahari dan bulan sujud kepada baginda. Lalu,

baginda pergi menemui bapanya Nabi Ya‘kub a.s.

untuk menceritakan mimpinya itu. Nabi Ya‘kub a.s.

meminta anaknya supaya tidak menceritakan mimpi

tersebut kepada saudara-saudaranya yang lain

kerana bimbang mereka akan memperdayakannya.

Saudara-saudara baginda yang lain sememangnya

amat cemburu dengan kasih sayang yang

berlebihan yang diberikan oleh bapa mereka

kepada Nabi Yusuf. Oleh itu, mereka merancang

untuk melakukan kejahatan terhadap baginda.

Mereka sentiasa menunggu peluang untuk

melakukan sesuatu yang akan menghilangkan kasih

sayang bapa mereka kepada Nabi Yusuf a.s.

UMUM 
KOBOI

Koboi ialah orang yang membantu menjaga

sekawanan besar lembu untuk pemilik ladang

ternak. Di Amerika Syarikat, koboi menjadi

masyhur pada zaman sempadan Barat dahulu.

Reputasi kerana berani menghadapi bahaya dan

kesusahan menjadikan mereka wira kepada

banyak orang Amerika. Kisah-kisah yang

menyeronokkan tentang kehidupan koboi,

nyanyian koboi yang merawan hati, dan bahasa

koboi yang berwarna-warni semuanya telah

menjadi sebahagian daripada cerita rakyat

Amerika. Kebanyakan novel, pertunjukan wayang

gambar, dan televisyen yang paling popular adalah

tentang koboi.

UMUM 
PAK BELALANG

PAK BELALANG, nama watak dalam cerita jenaka Melayu, sastera rakyat. Dalam kumpulan cerita jenaka Melayu, Pak Belalang ialah suatu watak yang paling pintar dan paling bernasib baik. Berbanding dengan watak-watak lain, apa yang dilakukannya member dia ganjaran yang baik dan menyelamatkannya. Di pihak yang lain, Pak Belalang juga mendapat keuntungan kerana unsur kebetulan. Pak Belalang memperlihatkan tanda sedia berusaha untuk memperbaiki kesusahan hidup yang dihadapinya. Dia menipu orang kampung sebagai nujum pada hal dia yang menyuruh anaknya menyembunyikan kerbau mereka.

SASTERAKarya

Kembali ke atas