AUSTRALIA, KESUSASTERAAN | Australia, Kesusasteraan . Kesusasteraan di Australia merupakan kumpulan besar penulisan dalam bahasa Inggeris yang dihasilkan oleh para pengarang yang lahir atau tinggal di Australia. Semenjak Australia menjadi negara berkerajaan sendiri pada awal tahun 1900-an, kesusasteraan Australia telah menjadi sebahagian daripada pergerakan kesusasteraan pasca penjajahan umum yang juga termasuk kesusasteraan Kanada, New Zealand, India, dan Afrika. Pengarang Australia kebanyakannya berketurunan peneroka atau penjajah Eropah yang mula tiba di Australia pada tahun 1780- an. Hasilnya, kesusasteraan Australia mempunyai ikatan dengan tradisi kebudayaan Eropah. Tetapi ia juga telah mengembangkan tema dan gaya kesusasteraannya yang tersendiri, yang menunjukkan banyak respons pengarang terhadap negara baru. | UMUM | |
KESUSASTERAAN YIDDISH | Kesusasteraan Yiddish ialah kesusasteraan orang Yahudi yang menulis dan bertutur dalam bahasa Yiddish. Kesusasteraan Yiddish bermula pada akhir tahun 1200-an dan mencapai kemuncaknya pada akhir tahun 1800-an dan awal 1900-an. | UMUM | |
KESUSASTERAAN SANSKRIT | Kesusasteraan Sanskrit ialah kesusasteraan India dan ditulis dalam bahasa purba yang bernama bahasa Sanskrit. Kesusasteraan ini tergolong ke dalam tiga zaman – Weda, Epik dan Klasik. | UMUM | |
KESUSASTERAAN | Kesusasteraan dalam pengertian kata yang luas bermaksud apa-apa sahaja bentuk susunan kata yang bermakna. Istilah bagi susunan seperti ini dinamakan teks. Mengikut fahaman ini, kesusasteraan termasuk buku komik, cerita rakyat, buku panduan pelancong dan juga novel, drama dan puisi. Dalam pengertian yang lebih sempit, mungkin terdapat pelbagai bentuk kesusasteraan. Kita mungkin memperkatakan kesusasteraan yang ditulis dalam bahasa yang tertentu seperti kesusasteraan Perancis atau kesusasteraan dari sesebuah negara seperti kesusasteraan Amerika. Kita juga sering memperkatakan kesusasteraan dari sesuatu zaman, seperti kesusasteraan Zaman Renaissance. Kita juga mungkin merujuk kepada kesusasteraan sesuatu perkara seperti kesusasteraan perkebunan atau kesusasteraan saintifik. | UMUM | |
KESUSASTERAAN JERMAN | Kesusasteraan Jerman ialah kesusasteraan orang Eropah tengah yang bertutur dalam bahasa Jerman. Ia termasuk karya dari Jerman, Austria, Switzerland dan juga kawasan berjiran seperti Alsace, Bohemia dan Silesia. | UMUM | |
KESUSASTERAAN SEPANYOL | Kesusasteraan Sepanyol ialah salah satu daripada kesusasteraan yang paling kaya dan pelbagai antara semua kesusasteraan Eropah. Selain mempunyai keperibadian yang teguh, penulis Sepanyol terdedah kepada kesusasteraan tradisi Kebaratan Eropah serta tradisi Ketimuran Afrika Utara. Hasilnya mereka melahirkan satu kesusasteraan yang bersifat asli, kemas, realistik, berwarna-warni, humor, dan berlirik. | UMUM | |
KESUSASTERAAN YUNANI | Kesusasteraan Yunani ialah sastera kebangsaan yang tertua dan paling berpengaruh di dunia Barat. Kesusasteraan Yunani menjadi model kepada semua kesusasteraan terkemudian di Barat, bermula dengan kesusasteraan Latin. Penulis Yunani memperkenalkan banyak jenis kesusasteraan yang penting, termasuk puisi lirik dan epik, drama tragik dan komik, dialog dan esei falsafah, sejarah kritis dan biografi dan surat-surat sastera. | UMUM | |
KESUSASTERAAN AMERIKA | Kesusasteraan Amerika tidak boleh diterjemahkan dalam satu takrifan yang ringkas. Kesusasteraan ini mencerminkan banyak tradisi keagamaan, sejarah, dan budaya penduduk Amerika, salah satu daripada negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum di dunia. Ia termasuklah puisi, fiksyen, drama dan jenis karya-karya lain oleh pengarang yang bermastautin di Amerika Syarikat. Selain itu, kesusasteraan ini juga meliputi bahan bukan bertulis seperti kesusasteraan lisan orang asli Amerika serta cerita rakyat dan legenda yang telah diwarisi turun-temurun. Tambahan pula, kesusasteraan Amerika meliputi laporan bertulis tentang Amerika oleh para pendatang dan pelawat dari negara lain, selain karya penulis berketurunan Amerika yang menghabiskan sebahagian atau seluruh hidup mereka di luar negara. | UMUM | |
KESUSASTERAAN SCOTLAND | Kesusasteraan Scotland berbeza daripada kesusasteraan di kebanyakan negara lain kerana dihasilkan dalam tiga bahasa iaitu Gaelik, Scotland, dan Inggeris. Sebelum tahun 1100-an kebanyakan orang Scotland berbahasa Gaelik, tetapi selepas itu bilangan yang bertutur bahasa Gaelik berkurangan. Sehingga tahun 1600-an, tidak ramai pemuisi Gaelik menghasilkan karya mereka. Puisi Gaelik yang diketahui merupakan kesusasteraan yang penting. Pada zaman awal, ketua klan mengekalkan penyair semasa meraikan kejayaan mereka berburu atau berperang. Kebanyakan penyair terkemudian menulis perihal pembuangan negeri dan pengisahan. Lihat Bahasa Gaelik dan Kesusasteraan Gaelik. | UMUM | |
KESUSASTERAAN AMERIKA-LATIN | Kesusasteraan Amerika-Latin mengandungi kesusasteraan bagi negara-negara yang bahasa pertuturannya ialah bahasa Sepanyol di Hemisfera Barat, di Puerto Rico, dan masyarakat Brazil yang bertutur dalam bahasa Portugis. Untuk mengetahui latar belakang sejarah kesusasteraan, lihat Amerika Latin. | UMUM | |