| PHILOSOPHES | Philosophes ialah sekumpulan ahli falsafah Perancis pada Zaman Ketaakulan, iaitu era bersejarah yang berlanjutan dari akhir tahun 1600-an hingga tahun 1700-an. Orang yang termasuk dalam kumpulan ini ialah ahli falsafah yang hebat seperti Marquis de Condorcet, Denis Diderot, Claude Helvétius, Jean Jacques Rousseau, dan Voltaire. | UMUM | |
| DIDEROT, DENNIS | Diderot, Dennis (1713–1784) ialah ahli falsafah Perancis yang ulung dalam gerakan intelektual yang dikenali sebagai Zaman Ketaakulan. Karyanya melampaui bidang falsafah dan termasuklah bidang cereka, drama, seni dan kritikan sastera. | UMUM | |
| ROUSSEAU, JEAN-JACQUES | Rousseau, Jean-Jacques (1712–1778) ialah ahli falsafah Perancis. Dia merupakan penulis yang paling penting pada Zaman Ketaakulan, iaitu zaman dalam sejarah Eropah yang berlangsung dari akhir tahun 1600-an hingga akhir tahun 1800-an. Falsafah Rousseau membantu membentuk peristiwa politik yang membawa kepada Revolusi Perancis. Karyanya banyak mempengaruhi bidang pendidikan, kesusasteraan, dan politik. | UMUM | Umum |
| KESEDARAN | Kesedaran lihat Zaman Ketaakulan. | UMUM | Umum |