Sapu tangan ialah sehelai kain kecil yang kita bawa untuk mengesat muka, hidung atau mata. Ia biasanya dibuat daripada kapas atau linen, tetapi ia mungkin juga dibuat daripada renda atau sutera. Orang Yunani dan Rom purba menggunakan sapu tangan pertama yang kita ketahui hari ini. Pada Zaman Pertengahan (dari tahun 400-an hingga 1500 M.), sapu tangan menjadi hiasan. Di Perancis pada tahun 1000- an, orang lelaki dan wanita memakai sapu tangan yang tergantung pada tali pinggang. |