Surah al-Dhariyat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-51 mengikut susunan surah-surah dalam al-Qur’an dan mengandungi 60 ayat. Surah ini dinamakan al- Dhariyat kerana Allah S.W.T. bersumpah dengan nama al-Dhariyat yang bermaksud angin kencang yang menerbangkan semua benda. Seperti surah Makkiyyah yang lain, Surah al-Dhariyat juga menekankan aspek-aspek keimanan kepada kekuasaan Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa dan pembinaan akidah yang kukuh yang berasaskan ketakwaan dan keimanan. |