PERAYAUAN KUTUB | Perubahan ketara kedudukan titik kutub magnet Bumi terhadap masa. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
KESAN CORIOLIS | Kesan Coriolis ialah kesan ketara putaran bumi terhadap gerakan sebarang benda yang bergerak merentasi permukaan bumi. Kesan Coriolis amat kecil untuk dirasai atau dilihat apabila seseorang itu berjalan kaki atau memandu sebuah kenderaan. Tetapi ia memberi kesan yang amat kuat terhadap laluan-laluan objek yang terbang di udara di atas permukaan bumi. | UMUM | |
YU RIMAU | Yu rimau mendapat namanya daripada jalur berwarna gelap yang ketara di belakang dan sisinya. Warna keseluruhan ikan ini adalah kelabu kebiruan. | UMUM | |
MENDELSOHN, ERIC | Mendelsohn, Eric (1887–1953) ialah arkitek Jerman yang terkenal kerana gaya geometrinya yang ketara. Mendelsohn cuba mencipta seni bina industri dan komersial yang baru dan ekspresif. Binaannya yang paling terkenal ialah Menara Einstein (1924), iaitu makmal dan balai cerap di Potsdam, Jerman. Bangunannya menampilkan lengkok-lengkok besar yang menjadi ciri karya Mendelsohn. | UMUM | |
SKOLIOSIS | Skoliosis ialah lengkung ke sisi yang berlaku pada tulang belakang. Dalam kebanyakan kes, keadaan ini begitu ketara ketika remaja ataupun ketika masih kanak-kanak lagi. Skoliosis lebih banyak menjejaskan kanak-kanak perempuan daripada laki-laki, tetapi para doktor belum dapat menjelaskan sebabnya. Kes yang sudah teruk boleh menyebabkan kecacatan bentuk yang parah yang boleh mengganggu perjalanan jantung, paru-paru, dan sistem saraf. Kecacatan bentuk yang sedemikian boleh juga membawa kepada masalah psikologi. Para doktor masih belum dapat mengetahui puncanya yang menyebabkan kebanyakan kes skoliosis ini, walaupun ada sesetengahnya berpunca daripada penyakit otot atau kecacatan sejak lahir. | UMUM | |
REDSHANK | Redshank ialah burung randuk di Eropah dan utara Asia. Pada musim pembiakan, kedua-dua jantina burung ini mempunyai tompok putih yang ketara pada sayapnya, bulu ekor yang berjalur putih dan hitam, serta paruh dan kaki yang berwarna jingga merah terang. | UMUM | |
MUTASI | Mutasi ialah perubahan bahan keturunan dalam sel sesuatu organisma. Dengan mengubah bahan ini, mutasi mengubah ciri-ciri tertentu. Sesetengah mutasi menghasilkan perubahan yang ketara. Misalnya, jenis anggur yang dinamakan Concord adalah hasil daripada mutasi. Mutasi ini menyebabkan pokok anggur liar menghasilkan anggur yang lebih besar dan lebih manis daripada sebelumnya. Mutasi boleh diturunkan kepada generasi akan datang. | UMUM | |
PERISTIWA 13 MEI | Peristiwa 13 Mei ialah peristiwa rusuhan kaum yang berlaku di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969. Peristiwa ini berlaku akibat sentimen perkauman yang ketara dalam politik Malaysia, iaitu selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum 1969 yang diadakan pada 10 Mei 1969, setelah Parti Perikatan memperoleh undi yang kurang berbanding pilihan raya sebelumnya. | UMUM | |
EUTROFIKASI | Eutrofikasi ialah proses yang mempunyai kesan ke atas tasik dan jasad air yang lain. Semasa proses eutrofikasi, kualiti air yang terlibat akan turun begitu ketara sehinggakan air ini tidak lagi boleh digunakan oleh manusia | UMUM | |
BURUNG TIT | Burung tit ialah nama bagi lebih daripada 50 spesies burung nyanyi yang kecil. Kebanyakannya mempunyai pipi yang berwarna pucat atau putih yang berbeza ketara dengan tanda hitam atau gelap di kepalanya yang kelihatan seperti topi. Sesetengah spesiesnya mempunyai jambul. Paruhnya pendek dan kuat. | UMUM | |