| PINTER, HAROLD | Pinter, Harold (1930– ) ialah penulis drama Inggeris. Dramanya menekankan situasi ketegangan yang tidak terucap dan kadangkala sukar diterangkan antara watak-watak yang terlibat.  | UMUM |   | 
			
				| MEDITASI TRANSENDENTAL | Meditasi Transendental ialah kaedah  melegakan ketegangan tubuh badan yang sangat  popular pada tahun 1970-an.   | UMUM |   | 
			
				| SELYE, HANS | Selye, Hans (1907–1982) ialah ahli sains Kanada yang menjadi terkenal kerana konsepnya tentang ketegangan terhadap badan yang dikenali sebagai  stres.  Kajiannya mengenai kelenjar endokrin membantunya menemui kefahaman baru tentang alam semula jadi dan kesan penyakit dan reaksi badan terhadap masalah atau peristiwa dalam kehidupan seseorang. Penyelidikan perubatannya menunjukkan apa yang boleh dilakukan untuk menyesuaikan badan dengan banyak jenis keadaan yang tidak menyenangkan.  Selye lahir di Vienna, Austria. Dia menghabiskan kebanyakan kerjaya profesionalnya di University of Montreal, Kanada. Pada tahun 1976, dia menubuhkan International Institute of Stress.  | UMUM |   | 
			
				| SHUTE, NEVIL | Shute, Nevil (1899–1960) ialah penulis Inggeris yang menghasilkan novel paling laris tentang pengembaraan dan cerita yang penuh ketegangan. Dia menerbitkan novel sulungnya, Marazan pada tahun 1926. Dia berjaya menghasilkan lebih daripada 20 buah novel yang terkenal termasuk  No Highway  (1948), A Town Like Alice (1949), dan  On the Beach  (1953). Shute lahir di Ealing, London. Nama penuhnya ialah Nevil Shute Norway. Dia mendapat ijazah dari Oxford University selepas berkhidmat sebagai juruterbang semasa Perang Dunia I. Dia berjaya dalam kerjayanya sebagai pereka bentuk dan pembuat pesawat terbang. Pengetahuannya yang khusus menghasilkan novel yang benar-benar tulen. Semasa Perang Dunia II, dia bertugas sebagai pereka bentuk senjata dengan Tentera Laut. Selepas perang, dia menetap di Australia.  | UMUM |   | 
			
				| DEPRESAN | Depresan ialah sejenis ubat yang boleh  melambatkan aktiviti sistem saraf. Doktor  menggunakan depresan untuk mengurangkan rasa  sakit, menggalakkan tidur, atau mengurangkan  ketegangan.  | UMUM |   | 
			
				| DIATERMI | Diatermi ialah satu kaedah rawatan untuk  kerosakan otot dan sendi dan juga penyakit lain  dengan menghasilkan tenaga haba dalam tisu di  bawah kulit. Diatermi khususnya digunakan untuk  menghilangkan kesakitan pada otot, ketegangan  otot dan kesakitan, serta radang sendi.  | UMUM |   | 
			
				| MAGERAN | MAGERAN ialah Majlis Operasi yang ditubuhkan  semasa Darurat untuk menyelaraskan kerja  pentadbiran awam, tentera dan polis bagi  mengembalikan keamanan negara. MAGERAN  ialah singkatan Majlis Gerakan Negara. Majlis ini  ditubuhkan berikutan ketegangan dan kekacauan  yang melanda Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan pada  16 Mei 1969 dengan Tun Abdul Razak bin Hussein,  Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai  pengarahnya. Anggota MAGERAN yang lain terdiri   daripada Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Presiden  MCA, Presiden MIC, Tan Sri Ghazali Shafie, Tunku  Osman Mohd. Jewa, Tan Sri Mohamad Salleh dan  Leftenan Jeneral Dato’ Ibrahim Ismail.  | UMUM |   | 
			
				| SENDI SAKROILIAK | Sendi sakroiliak menyambungkan tulang belakang dengan pelvis. Tulang sakrum berbentuk V berdekatan dengan bahagian bawah tulang belakang muat seperti baji di antara kepak lebat tulang  ilium  (tulang pinggul). Ligamen dan plat daripada rawan menyambungkan tulang- tulang tersebut. Keradangan atau ketegangan pada sendi sering menyebabkan kesakitan di belakang bahagian bawah belakang.  | UMUM |   | 
			
				| LIE, TRYGVE | Lie, Trygve (1896–1968), negarawan Norway  yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung  Pertama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia  dilantik pada tahun 1946 untuk tempoh selama  lima tahun dan dilanjutkan lagi perkhidmatannya  selama tiga tahun bermula pada tahun 1950. Walau  bagaimanapun, dia mengumumkan peletakan  jawatannya pada tahun 1952 dan mengosongkan  jawatan itu pada bulan April 1953. Soviet Union  menentang Lie kerana sokongannya terhadap  tindakan Amerika Syarikat di Korea Selatan. Lie  bersara dengan harapan dapat mengendurkan  ketegangan antarabangsa.  | UMUM |   | 
			
				| DATU ALI | DATU ALI (? -1909), pemimpin Islam di Cotabato, Filipina Selatan pada akhir abad ke-19. Datu Ali dan Datu Piang ialah orang kanan Datu Uto. Pengaruh Sepanyol yang semakin meluas dan kuat menyebabkan kuasa politik Datu Uto menjadi lemah dan penyokongnya mula menjauhkan diri. Penguasaan Sepanyol ke atas Filipina berakhir apabila Perjanjian Paris 1898 dimeterai dan Filipina diserahkan kepada Amerika. Tindakan Sepanyol meninggalkan Cotabato menimbulkan keadaan huru-hara dan ketegangan di kalangan penduduk Cotabato yang beragama Kristian apabila datu-datu di Cotabato berebut-rebut untuk meluaskan kuasa mereka.   | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |