SAINS KETENTERAAN | Sains ketenteraan ialah kajian saintifik mengenai prinsip mengawal tatacara peperangan dan penerangan prinsip-prinsip tersebut semasa peperangan. Rencana berkaitan dalam Ensiklopedia Dunia termasuk: Logistik Tentera darat Tentera udara Perang Tentera laut | UMUM | |
PENGGUNAAN KEKERASAN | Tindakan ketenteraan terhadap sesebuah negara untuk membela rakyat negara tersebut daripada kekejaman pemerintahnya. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
PRUSSIA | Prussia ialah negara ketenteraan yang kuat di utara-tengah Eropah selama beratus-ratus tahun. Apabila raja Prussia menjadi maharaja Kesatuan Jerman pada tahun 1871, Prussia menjadi negeri yang terbesar dalam Empayar Jerman. Selepas Perang Dunia II (1939–1945), Prussia berpecah menjadi daerah kecil dan tidak lagi wujud sebagai sebuah negeri Jerman. Kebanyakan kawasannya yang dulunya dikenali sebagai Prussia, kini terletak di bahagian timur Jerman, Lithuania, Poland, dan Rusia. | UMUM | |
KELENGKAPAN | Kelengkapan ialah istilah ketenteraan yang merujuk kepada senjata dan amunisi. Kebanyakan tentera darat, tentera laut, dan tentera udara mempunyai jabatan kelengkapan. Jabatan ini bertugas untuk mereka, membuat, memperbaiki, dan mengagih senjata dan amunisi. Istilah kelengkapan juga termasuk peralatan yang digunakan dalam pembuatan dan penyelenggaraan barang-barang ini. | UMUM | |
MAGAZIN | Magazin ialah istilah ketenteraan dan angkatan laut bagi bangunan yang dilindungi ataupun bilik simpanan senjata. Istilah ini, berasal daripada perkataan Arab yang bererti rumah stor. Lelopak peluru untuk senapang yang boleh menembak secara berulang-ulang, atau mesingan juga dinamakan magazin. | UMUM | |
PERANG KOREA | Perang Korea (1950–1953) ialah perang pertama yang melibatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari segi ketenteraan. Perang Korea bermula pada 25 Jun 1950 apabila tentera komunis Korea Utara menyerang Korea Selatan. PBB menganggap pencerobohan itu suatu pencabulan terhadap keamanan antarabangsa dan menuntut agar pihak komunis berundur dari Korea Selatan. Apabila pihak komunis meneruskan peperangan, PBB meminta negara-negara anggotanya supaya memberi bantuan ketenteraan kepada Korea Selatan. | UMUM | |
PERANG AMFIBIA | Perang amfibia ialah pengendalian operasi ketenteraan melalui tentera laut, udara, dan darat bagi tujuan menakluk kawasan pantai. Pada umumnya operasi amfibia dianggap sebagai bentuk peperangan yang paling kompleks. | UMUM | |
TENTERA REPUBLIK IRELAND (IRA) | Tentera Republik Ireland (IRA) ialah pertubuhan ketenteraan yang berjuang untuk menyatukan Republik Ireland yang merdeka dengan Ireland Utara, yang merupakan sebahagian daripada United Kingdom (UK). | UMUM | |
PERJANJIAN VERSAILLES | Perjanjian Versailles ialah persetujuan rasmi untuk menamatkan tindakan ketenteraan terhadap Jerman dalam Perang Dunia I. Perjanjian ini ditandatangani di Istana Versailles, berhampiran Paris , pada 28 Jun 1919, dan dikuatkuasakan pada 10 Januari 1920. Serangan sebenar berakhir apabila Jerman menerima perjanjian gencatan senjata ini pada 11 November 1918. | UMUM | |
AURELIAN | Aurelian (215?–275 M.) ialah maharaja Rom. Pemerintahannya yang berbentuk ketenteraan dan berdisiplin berjaya menyatukan empayar Rom yang mulai berpecah semasa baginda baru menjadi maharaja. Aurelian mengecap duit syiling dengan perkataan Pemulih Dunia. | UMUM | |