ATAKSIA | Ataksia ialah ketiadaan koordinasi pada otot. Ketiadaan ini merupakan simptom kerosakan pada bahagian sistem saraf pusat. Ataksia lokomotor melibatkan ketiadaan imbangan atau keseimbangan. Penghidap ataksia lokomotor harus berdiri di tapak yang lebar dengan mata terbuka. Jika tidak berbuat demikian, dia akan bergoyang-goyang malah akan rebah. Goyangan itu akan bertambah kuat jika dia memejamkan matanya. | UMUM | |
KETIADAAN TEMPAT BERTEDUH | Ketiadaan tempat berteduh ialah satu keadaan bagi seseorang yang tidak mempunyai alamat yang tetap. Mereka yang tiada tempat berteduh ini biasanya tinggal di bangunan-bangunan yang terbiar, di bawah jambatan, stesen bas, hotel-hotel murah, tempat persinggahan kecemasan dan jalanan. | UMUM | |
SIFAR | Sifar, dalam matematik ialah nama bagi digit 0, kadangkala dikenali sebagai kosong. Ia digunakan untuk menyatakan ketiadaan sebarang kuantiti. Sifar diperlukan dalam sistem angka bertempat, iaitu sistem yang kita dan kebanyakan orang gunakan pada hari ini. Dalam sistem bertempat, kedudukan, atau tempat sesuatu angka menentukan nilai angka itu. Bagi angka 246, digit 2 bernilai dua ratus (ratus), digit 4 bernilai empat puluh (puluh), dan 6 pula bernilai enam unit (sa). Angka itu melambangkan nombor 246. Untuk menulis nombor 206, kita perlukan suatu simbol untuk menyatakan ketiadaan puluh. Angka 0 di sini memenuhi fungsi itu. Sifar apabila ditambah kepada atau ditolak daripada sesuatu nombor memberi nombor itu semula. Suatu nombor didarab dengan sifar menghasilkan nilai sifar. Pembahagian dengan sifar tidak dapat ditakrifkan. Sifar ialah nombor genap.
| UMUM | Konsep |
KEBOTAKAN | Kebotakan atau alopecia ialah ketiadaan rambut atau rambut jarang di kulit kepala. Rambut menjadi jarang di kepala ialah suatu proses yang normal apabila seseorang itu meningkat tua. Walau bagaimanapun, banyak jenis kehilangan rambut yang tidak normal juga berlaku. | UMUM | |
DAYA MEMUSAT | Daya memusat ialah daya yang memaksa sesuatu benda bergerak dalam laluan membulat. Mengikut hukum inersia, dengan ketiadaan daya, sesuatu objek bergerak dalam garisan lurus dengan kelajuan yang tetap. Daya luar mesti bertindak ke atas objek itu untuk membuatkannya bergerak dalam laluan yang melengkung. Apabila anda memusing seketul batu yang diikatkan pada benang, anda mesti menarik benang itu untuk menahan batu tersebut daripada melayang dalam satu garisan yang lurus. Daya yang digunakan oleh benang pada objek itu ialah daya memusat. | UMUM | |
GOBEK | GOBEK, alat untuk melumatkan atau menumbuk sirih. Gobek biasanya digunakan oleh orang tua yang sudah kekurangan atau ketiadaan gigi. Panjang gobek lebih kurang 25.5 cm dan bergaris pusat 2.5 cm. Gobek diperbuat daripada buluh, kayu, besi, tembaga, perak atau emas. | BUDAYA | Alat/Alatan |