Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ti.ba.an] | کتيباءن

Definisi : perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan: ~ Nabi di Madinah disambut dgn sangat meriahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ti.ba.an] | کتيباءن

Definisi : hal sampai atau hal tiba di: ~ baginda disambut dgn penuh istiadat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiba (kata kerja)
Bersinonim dengan sampai, datang, mari, muncul, timbul, terpacul, terjengul;,
Kata Terbitan : setibanya, ketibaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SHERWOOD, ROBERT EMMET

Sherwood, Robert Emmet (1896–1955),

penulis drama, wartawan, dan periwayat Amerika

yang menekankan keburukan peperangan dalam

penulisannya. Dramanya, iaitu Idiot’s Delight (1936)

meratapi ketibaan meletusnya peperangan di

Eropah. Abe Lincoln in Illinois (1938) menggunakan

kata-kata Lincoln untuk menunjukkan betapa

perlunya tindakan tegas ketika berhadapan dengan

peperangan. There Shall Be No Night (1940)

menentang perlanggaran Kesatuan Soviet ke atas

Finland. Ini juga adalah pendirian Sherwood

terhadap apa yang disebut sebagai keinginan

setiap manusia untuk melarikan diri daripada

kenyataan. Ketiga-tiga drama ini memenangi

Hadiah Pulitzer.

UMUM 
SUMBER SEISMIKProgram pemetaan struktur geologi dengan menggunakan gelombang seismik yang dihasilkan melalui punca buatan dan mengkaji masa kembara gelombang seismik yang terpantul atau terbias akibat perbezaan inpedans akustik di setiap sempadan antara lapisan batuan di dalam bumi. Masa ketibaan gelombang di permukaan bumi boleh ditukar kepada kedalaman dan ini akan menunjukkan gambaran struktur dan kedudukan lapisan batuan di bawah permukaan bumi.KEJURUTERAANKaedah
PKIPKI, parti politik yang berpusat di Indonesia. PKI ialah singkatan Parti Komunis Indonesia. PKI bermula dengan ketibaan Hendrik Sneevliet pada tahun 1914 di Kepulauan Hindia Timur Belanda yang menubuhkan Indische Social Democratische Partij (ISDP). Dia dibantu oleh H.W. Dekker, Adolf Baars P. Bergsma dan J.H. Brandsteder.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ULAMA PULAU PINANGULAMA PULAU PINANG, golongan ahli agama yang terdapat di Pulau Pinang.  Sebelum ketibaan Francis Light, terdapat sebuah perkampungan Melayu di Batu Uban yang diketuai oleh Nakhoda Haji Muhammad Salleh (Nakhoda Intan), seorang ulama yang berasal dari Minangkabau, Sumatera.  Tetapi, para ulama yang lebih masyhur di pulau itu telah muncul di sekitar bandar Georgetown dan daerah Seberang Pantai.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
AULD LANG SYNE

Auld lang syne ialah dialek orang Scotland yang

bererti old long since (sejak lama dahulu) atau hari

telah berlalu. Perkataan ini menjadi judul sebuah

lagu yang digemari oleh semua orang yang dapat

bertutur dalam bahasa Inggeris.

Robert Burns menyatakan bahawa dia mencatat

perkataan ini apabila mendengar seorang lelaki tua

menyanyikannya akan tetapi orang menganggap

Burns yang mencipta kata-kata tersebut. Lagu ini

dinyanyikan dengan melodi Scotland lama.

Ia adalah lagu tradisi untuk menyambut ketibaan

Tahun Baru, terutama di Scotland.

Lihat juga Burns, Robert.

UMUM 
MUTHANNA IBN HARITHAH, AL-

Muthanna ibn Harithah, al- ( ?–14 H./ ?–635

M.), pemimpin terkenal dalam pembukaan negeri-negeri

baru Islam. Nama penuhnya ialah al-

Muthanna ibn Harithah ibn Salmah al-Ansariy. Dia

memeluk Islam pada tahun kesembilan Hijrah

bersama-sama sebahagian daripada kaumnya. Al-

Muthanna ibn Harithah ialah orang berkulit hitam

yang pertama di kalangan orang Iraq sehinggakan

Sayidina Abu Bakar mudah mengenalinya. Dia telah

dilantik oleh Sayidina Abu Bakar sebagai

pemimpin bagi kaumnya. Khalid ibn al-Walid

menghantar bantuan kepadanya sebagai

permulaan pembukaan Iraq dan Parsi. Sayidina

‘Umar turut membantunya dengan menghantar

tentera yang dipimpin oleh Abu ‘Ubayd ibn Mas‘ud

al-Thaqafiy. Apabila Abu ‘Ubayd terbunuh, Sayidina

‘Umar menggantikannya dengan Sa‘d ibn Abu

Waqqas. Namun begitu, al-Muthanna ibn al-

Harithah meninggal dunia sebelum ketibaan Sa‘d

ibn Abu Waqqas. Lihat Syam.

UMUM 
BAHR AL-LAHUT

BAHR AL-LAHUT, sebuah kitab Jawi tentang agama Islam yang berkaitan dengan ilmu tasawuf karangan Abdullah ‘Arif pada abad ke-12 M. (6 H). Abdullah ‘Arif ialah salah seorang pendakwah yang terawal tiba di Alam Melayu. Antara pendakwah yang sezaman dengannya termasuklah Syekh Ismail dan Faqir Muhammad yang mengislamkan Merah Silu (Malik al-Salih), pemerintah kerajaan Samudera-Pasai. Menurut al-Tarikh Salsilah Negeri Kedah karangan Muhammad Hassan bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad, orang yang pertama mengislamkan negeri Kedah juga bernama Abdullah iaitu pada tahun 1137 M. (531 H). Jika dibandingkan tarikh ini dengan tarikh ketibaan Abdullah ‘Arif di Aceh (117 M), tidak banyak berbeza.

BAHASABahasa

Kembali ke atas