DUNIA KETIGA | Dunia Ketiga ialah nama yang kadangkala diberikan kepada negara yang sedang membangun dari segi ekonomi, terutamanya negara di benua Asia, Afrika, dan Amerika Latin. | UMUM | |
AKRILONITRIL BUTADIENA STIRENA | Polimer termoplastik yang dihasilkan melalui gabungan tiga monomer yang berlainan jenis, iaitu akrilonitril, butadiena, dan stirena. Termoplastik yang berstruktur amorfus ini lebih dikenali sebagai ABS, berdasarkan huruf di hadapan ketiga-tiga monomer. Kehadiran ketiga-tiga monomer menjadikan ABS mempunyai gabungan dua sifat, iaitu sifat getah dan sifat kaca. Sifat kaca dihasilkan oleh kopolimer stirena-akrilonitril atau polistirena dengan fasa getah,.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
MUNICH | Munich (pend. 1 229 026) ialah bandar raya ketiga terbesar di Jerman. Dari segi jumlah penduduk, ia berada di tempat ketiga selepas Berlin dan Hamburg. Munich terletak di tenggara Jerman, iaitu di dataran Bavaria. Untuk lokasi, lihat Jerman (peta politik). | UMUM | |
MAC | Mac ialah bulan ketiga dalam setahun mengikut kalender Gregory, yang kini digunakan hampir di seluruh dunia. Ia adalah bulan pertama dalam kalendar Rom awal dan dikenali sebagai Martius . Kemudian, orang Rom purba menjadikan Januari sebagai permulaan tahun, dan Mac menjadi bulan ketiga. Mac sentiasa mempunyai 31 hari. Nama Mac adalah sempena menghormati Mars, dewa peperangan orang Rom. | UMUM | |
RABIULAWAL | Rabiulawal ialah bulan ketiga mengikut takwim Hijrah. Bulan ini dinamakan Rabiulawal pada tahun 412 M., semasa zaman Kilab ibn Murrah, moyang kelima Rasulullah s.a.w. | UMUM | |
SELASA | Selasa ialah hari ketiga dalam seminggu. Namanya ( Tuesday dalam bahasa Inggeris) berasal daripada perkataan Tiu , atau Tiw , iaitu ejaan Anglo-Saxon bagi Tyr , nama dewa peperangan orang purba Scandinavia dan Iceland. Tyr ialah anak lelaki kepada Odin, atau Woden, yang hari Wednesday (Rabu) dinamakan sempena namanya. Orang Perancis menyebut hari Selasa Mardi , sempena nama Mars, dewa peperangan orang Rom. Shrove Tuesday , hari sebelum Lent dinamakan sedemikian kerana biasanya pengakuan dibuat di hadapan paderi pada hari itu dan orang yang mengaku kesalahannya diberi pengampunan (dalam bahasa Inggerisnya, Shriven atau Shrove ) oleh paderi. Lihat juga Minggu. | UMUM | |
PERU | Peru ialah negara ketiga terbesar di Amerika Selatan. Hanya Brazil dan Argentina mempunyai kawasan yang lebih luas. Peru ialah negara yang berbeza sekali landskap dan iklimnya. Negara ini terletak di barat Amerika Selatan, di sepanjang Lautan Pasifik. | UMUM | |
MURRUMBIDGEE | Murrumbidgee ialah sungai yang ketiga terbesar dalam sistem Sungai Murray-Darling di Australia. Ia mengalir sepanjang 32 kilometer dari Kiandra di Pergunungan Snowy di New South Wales. Ia mengalir ke utara melalui Canberra, kemudian ke barat sehingga bertemu dengan Sungai Lachlan, selepas bandar Hay. Di sini Sungai Murrumbidgee mengalir ke arah barat daya dan sampai ke Sungai Murray di sempadan Victoria. | UMUM | |
KALIMANTAN | Kalimantan ialah pulau ketiga terbesar di dunia, yang terletak di bahagian Borneo Indonesia. | UMUM | |
MIRI | Miri ialah bandar raya yang ketiga terbesar di Sarawak, selepas Sibu dan Kuching. Ia dikenal sebagai bandar minyak kerana sumbangannya yang besar bagi ekonomi industri petroleum. Penempatan dan perkembangan bandar Miri tertumpu di sepanjang Sungai Miri dan di tanah pamah yang panjang, menganjur dari bandar Lutong di utara hingga ke Bakam di selatan. Miri mengalami pertumbuhan penduduk yang tinggi. Komuniti lain yang tinggal di Miri ialah Dayak, Kadazan dan bangsa Eropah. | UMUM | |