ABDUL TAIB MAHMUD, TAN SRI | Abdul Taib Mahmud, Tan Sri (1936- ) ialah Ketua Menteri Sarawak ke-4. Dia dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak mulai 26 Mac 1981 hingga kini menggantikan Tun Haji Abdul Rahman Ya’kub. | UMUM | |
ABDUL HAMID BIDIN, TAN SRI | Abdul Hamid Bidin, Tan Sri (1918-1996) Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia yang kedua (1969–1970). Dia mengetuai tentera Malaysia yang berkhidmat di bawah Panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Congo pada bulan Mac 1962. Dia adalah antara kumpulan 17 yang menyertai Perbarisan Kemenangan (Victory Parade) di London. Abdul Hamid memulakan perkhidmatannya daripada peringkat paling rendah hingga berjaya menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera pada tahun 1969. | UMUM | |
ABDUL RAHMAN ARSHAD, TAN SRI | ABDUL RAHMAN ARSHAD, Tan Sri (1936- ), Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia yang ketiga (1985-1991). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ABDUL JAMIL RAIS, TAN SRI | ABDUL JAMIL RAIS, Tan Sri (1912-1994), Ketua Setiausaha Negara yang pertama (1964-1967). Dia lahir pada 14 Januari 1912 di Kuala Kangsar, Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ABDUL RAHMAN HASHIM, TAN SRI | ABDUL RAHMAN HASHIM, Tan Sri (1925-1974), Ketua Polis Negara yang ketiga (1972-1974). Abdul Rahman lahir di Sungai Limau, Yan, Kedah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ABDUL KADIR SHAMSUDDIN, TAN SRI | ABDUL KADIR SHAMSUDDIN, Tan Sri (1920-1978), Ketua Setiausaha Negara yang keempat (1970-1976). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
MOHAMMAD SANY ABDUL GHAFFAR, TAN SRI | MOHAMMAD SANY ABDUL GHAFFAR, Tan Sri (1926- ), Ketua Turus Angkatan Tentera yang keenam (1977-1981). Dia lahir pada 19 Januari 1926 di Kampung Pinang Baik, Selayang, Selangor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu hingga Darjah Lima dan pendidikan menengah di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Persekolahannya terganggu akibat Perang Dunia Kedua pada tahun 1941. Semasa pendudukan Jepun, dia bekerja di Jabatan Pelajaran Jepun dan ditugaskan sebagai Penjaga Kutub Khanah Kuala Lumpur. Semasa berkhidmat dengan Jepun, dia memasuki Marai Koa Kun Rengho di Melaka selama enam bulan. Apabila British kembali memerintah Tanah Melayu, dia menyambung semula persekolahannya di Victoria Institution, Kuala Lumpur hingga memperoleh Senior Cambridge. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
AHMAD NOORDIN HAJI ZAKARIA, TAN SRI | AHMAD NOORDIN HAJI ZAKARIA, Tan Sri (1921- ), Ketua Audit Negara (1976-1986). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
AHMAD SARJI ABDUL HAMID, TAN SRI | AHMAD SARJI ABDUL HAMID, Tan sri (1938- ), Ketua Setiausaha Negara yang kesembilan (1990-1996). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
IBRAHIM ISMAIL, JENERAL (B) TAN SRI | IBRAHIM ISMAIL, Jeneral (B) Tan Sri (1922- ), Ketua Turus Angkatan Tentera (kini Panglima Angkatan Tentera) Malaysia yang ketiga. Dia lahir pada 19 Oktober 1922 di Kampung Air Molek, Johor. Dia mendapat pendidikan awal di English College, Johor Bahru dan mula terlibat dalam ketenteraan dalam tahun 1941, bersama-sama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn, apabila kedua-duanya menyertai Johore Military Force. Kemudian dia dihantar ke Akademi Tentera India di Dehra Dun untuk menjalani latihan tentera. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |