DESPOTISME | Despotisme ialah satu bentuk kerajaan yang ketuanya mempunyai kuasa yang tiada had terhadap rakyatnya. Despot tidak semestinya jahat dan zalim. Mereka mungkin baik dan bertimbang rasa, dan malah mereka mungkin meletakkan kebajikan rakyat mengatasi kepentingan diri sendiri. | UMUM | |
SISTEM KUKU BESI | Sistem kuku besi ialah satu bentuk kerajaan yang ketuanya mempunyai kuasa yang tiada had terhadap rakyatnya. Pemimpin kuku besi tidak semestinya jahat dan zalim. Mereka mungkin baik dan bertimbang rasa, dan mereka juga mungkin meletakkan kebajikan rakyat mereka lebih penting daripada diri mereka sendiri. Tetapi kebiasaannya, pemimpin despot tidak dikongkongi oleh orang sekeliling mereka dan mereka kadang-kadang menggunakan sepenuh kuasa mereka untuk menjaga kedudukan mereka. | UMUM | |
ANGKATAN TAKHLISAN | Angkatan Takhlisan ialah pertubuhan amal agama Kristian antarabangsa. Ia dibentuk dan beroperasi mengikut corak tentera, dan ketuanya berpangkat seperti pegawai tentera. Angkatan Takhlisan bekerja bagi merangsang kecintaan kepada tuhan dan membantu orang miskin. | UMUM | |
PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA | PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA, bahagian penting dalam parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Bahagian ini pada asalnya dikenal sebagai Jabatan Kaum Ibu UMNO yang ditubuhkan pada akhir tahun 1947 dengan Puan Sri Datin Hajah Puteh Mariah Ibrahim Rashid sebagai ketuanya. Ia kemudian dinamakan Pergerakan Kaum Ibu (PKI) UMNO pada 25 Ogos 1949. Pada 1971, ia dikenal sebagai Pergerakan Wanita UMNO (PWU). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
BALAI PUSTAKA | BALAI PUSTAKA, badan kerajaan yang diberi tugas oleh pemerintah Indonesia untuk menerbitkan buku-buku yang bermutu bagi bacaan para pelajar sekolah dan juga untuk bacaan umum. Badan ini pada mulanya didirikan oleh penjajah Belanda pada tahun 1908 dengan nama Commissie voor de Inlandsche School en Volkslectuur iaitu Suruhanjaya untuk Sekolah Peribumi dan Bacaan Rakyat. Suruhanjaya ini dianggotai oleh enam orang ahli jawatankuasa dengan dipengerusikan oleh Dr. G.A.J. Hazeu. Tugas Suruhanjaya ini adalah untuk memilih tulisan yang baik untuk digunakan di sekolah-sekolah dan dijadikan bacaan rakyat. Kerajaan Belanda berbuat demikian dengan tujuan untuk menyekat penerbitan bahan-bahan lain yang mengganggu dasar penjajahan mereka di samping untuk menerbitkan bahan-bahan yang dapat menonjolkan kekuasaan Belanda. Pada tahun 1917, Suruhanjaya tersebut ditukar namanya kepada Kantoor voor de Volkslectuur atau Kantor Bacaan Rakyat atau yang lebih terkenal dengan nama Balai Pustaka, dan Dr. D. A. Ringkes dilantik menjadi ketuanya. | BAHASA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |