Tanah Jajahan Teluk Massachusetts ialah salah satu penempatan orang Eropah yang pertama di New England, Amerika Syarikat. Ia ditubuhkan di Salem, Massachusetts, pada tahun 1628, oleh sekumpulan kecil pengikut Puritan Inggeris. Pengikut Puritan ingin mengekalkan ketulenan agama mereka serta bebas daripada apa yang mereka rasakan sebagai kejahatan Gereja England. John Endecott telah mengetuai kumpulan pertama peneroka tersebut. Pada tahun 1630, John Winthrop, yang menjadi gabenor koloni tersebut, telah mengetuai 1000 orang lagi peneroka menuju Boston. Lihat juga Massachusetts ; Puritan; Williams, Roger. |