Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tum.bar] | کتومبر

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan bijinya yg dijadikan rempah), Coriandrum sativum; ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek); a) gambir badak, gambir-gambir (akar), gegambir jantan, kecam, Maesa ramentacea; b) lidah ular, sedeguri, Sida acuta; ~ jawa sj tumbuhan (herba), jeruju gunung, kangkung gunung, Eryngium foetidum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tum.bar] | کتومبر

Definisi : nama sj pokok atau bijinya (bijinya dibuat rempah), Coriandrum sativum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketumbar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KETUMBAR

Ketumbar ialah herba tahunan yang tumbuh di

negara-negara di sekeliling Laut Mediterranean.

UMUM 
SINGGANG

SINGGANG, sejenis masakan rebusan daripada bahan-bahan seperti lengkuas, serai, bawang putih, asam keping dan kadang-kadang ditambah belacan, manisan dan cili belah.  Biasanya ikan digunakan sebagai bahan penting khususnya ikan tongkol atau ikan kayu, ikan tamban dan ikan kembung.  Daging juga boleh dibuat singgang seperti yang terdapat di Johor dan bahan-bahan yang digunakan termasuklah ketumbar, cili kering, halia, lada hitam dan bawang merah yang ditumbuk.  Singgang juga disebut sebagai pindang.

BUDAYAMakanan
SERUNDING

SERUNDING, makanan yang diperbuat daripada kelapa bercampur daging atau ikan yang dimasak bersama-sama rempah.  Masakan ini halus, kering dan berderai.  Bahan utama untuk membuat serunding ialah kelapa yang diparut halus.  Kelapa ini dimasak bersama-sama daging yang telah disiat-siat atau bahan-bahan campuran lain serta rempah-rempat seperti ketumbar, jintan, bawang, cili kering, lengkuas, serai dan halia.  Bahan-bahan ini dimasak selama tiga atau empat jam sehingga betul-betul kering.

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas