Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.wa.ngian] | کواڠين

Definisi : perihal wangi, bau wangi, keharuman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
wangi (adjektif)
1. Bersinonim dengan harum: sedap baunya, resi, raksi,
Berantonim dengan busuk

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terkenal, terkemuka, termasyhur, terbilang, terpandang, ternama, tersohor,
Berantonim dengan biasa

Kata Terbitan : mewangi, wangi-wangian, kewangian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MINYAK ATAR

Minyak atar, juga dikenali sebagai otto, iaitu

minyak pati yang didapati dengan melalukan wap

pada kelopak bunga. Minyak pati memberi

kewangian kepada bunga tertentu. Minyak atar

digunakan untuk memberikan bau kepada minyak

wangi dan kosmetik. Kebanyakan minyak atar

didapati daripada bunga ros. Minyak atar daripada

bunga ros dihasilkan terutamanya di Bulgaria.

Sebanyak kira-kira 1800 kilogram kelopak bunga

ros menghasilkan 0.5 kilogram minyak atar

daripada bunga ros. Pembuat minyak wangi

menghargai minyak atar ros dari Bulgaria kerana

bau bunganya yang kuat dan harum.

UMUM 

Kembali ke atas