KUASA VETO | Kuasa veto, kewibawaan politik yang dipunyai oleh sesuatu institusi seperti badan perundangan atau eksekutif, yang digunakan untuk menghalang sesuatu keputusan atau tindakan supaya tidak mendapat pengesahan undang-undang yang diperlukan. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Konsep |
KERAJAAN PERSEKUTUAN | KERAJAAN PERSEKUTUAN, satu sistem susunan pentadbiran yakni kewibawaan perlembagaan atau kuasa kerajaan yang dibahagikan antara sebuah kerajaan pusat dengan kerajaan negeri atau tempatan. Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan dalam bidang tertentu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SENNECTT, MACK | Sennectt, Mack (1884–1960) ialah perintis dan penerbit filem yang terkenal kerana komedi bisu slapstiknya. Ramai bintang komedi bisunya yang terkenal muncul dalam filem-filem Keystone Filemnya yang ganas dan kasar itu telah mencabar kewibawaan sosial. Keystone Kops, terbitannya yang terkenal telah menambahkan kekacauan di sebalik menguatkuasakan peraturan. Sennett memilih watak lucu seperti Rosco Arbuckle yang “gedempol” untuk menggambarkan gadis jelita yang jatuh cinta kepada penyangak. Watak ini dan watak-watak lain sering terlibat dalam adegan kejar-mengejar yang berakhir dengan pertarungan, suatu bentuk adegan yang terkenal dalam banyak filem terbitannya. | UMUM | |
NOTA KAKI | Nota kaki ialah nota yang dicetak dalam huruf kecil di sebelah bawah sesuatu halaman. Ia digunakan untuk memberi maklumat yang terlalu panjang atau terlalu terperinci untuk dimasukkan ke dalam kenyataan yang asal. Nota kaki kadangkala digunakan untuk menerangkan sesuatu perkataan atau idea yang mungkin mudah disalahertikan, tetapi biasanya ia hanyalah memetik sumber atau kewibawaan untuk menjelaskan apa yang dikatakan oleh pengarang. Nota kaki membantu memendekkan ayat dan membebaskannya daripada fakta yang berlebihan. | UMUM | |
TUN MAI ULAT BULU | TUN MAI ULAT BULU ( ? - ? ), salah satu watak dalam Sejarah Melayu. Nama sebenar Tun Mai Ulat Bulu ialah Tun Mayuddin. Dia adalah anak Tun Zainal dan cucu kepada Bendahara Paduka Raja Tun Perak. Tun Mai Ulat Bulu berani berdebat dengan gurunya kerana mempertahankan kewibawaan bahasa Melayu. Dia telah berusaha memperdalami ilmu agama dan bahasa Arab dengan berguru kepada Makhdum Sadar Jahan, seorang mualim dan pendeta dari Jeddah yang telah datang ke Melaka untuk berdagang sambil berdakwah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TOKOH GURU | TOKOH GURU, anugerah untuk menghargai dan mengiktiraf kerjaya dalam bidang pendidikan. Anugerah ini mula diperkenalkan sekitar pertengahan tahun 1970-an oleh Kementerian Pendidikan Malaysian. Ekoran daripada Hari Guru yang mula diadakan pada tahun 1972, Kementerian Pendidikan merasakan perlu diberikan satu penghormatan kepada guru sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap kewibawaan seseorang guru di dalam dan luar bilik darjah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Anugerah/Hadiah |