Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata khadijah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KHADIJAH BINT KHUWAYLID

Khadijah bint Khuwaylid (68–3 SH/556

M – 620 M) ialah isteri pertama Rasulullah SAW.

Baginda mengahwini Khadijah ketika berumur

40 tahun. Ketika itu Rasulullah SAW berumur 25

tahun.

UMUM 
KHADIJAH HASHIMKHADIJAH HASHIM  (1945 -     ), novelis. Dia lahir di Batu Pahat, Johor. Dia mendapat pendidikan awal dan menengah berpengantar Melayu dan Inggeris di Batu Pahat. Semenjak di bangku sekolah, Khadijah mempunyai kebolehan dalam lapangan syarahan dan bahasa, dan mempunyai minat mendalam dalam pelajaran bahasa dan sastera.SASTERATokoh
SITI KHADIJAH KHUWAILIDIsteri pertama Nabi Muhammad s.a.w. dan orang pertama yang beriman selepas kerasulan baginda.AGAMATokoh
WARAQAH BIN NAUFALSepupu kepada Sayidina Khadijah binti Khuwailid.AGAMATokoh
ZAYNAB BINT MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.

Zaynab bint Muhammad Rasulullah

SAW ( ? –8H/? – 630 M), anak sulung Rasulullah

SAW. Bondanya ialah Khadijah bint Khuwaylid.

Dia merupakan anak perempuan Rasulullah yang

pertama mendirikan rumah tangga. Dia

dikahwinkan dengan anak ibu saudara nabi, Abu

al-’As ibn al-Rabi’ al-Abshami sebelum diutus

menjadi rasul.

UMUM 
MERPATI PUTIH TERBANG LAGI

MERPATI PUTIH TERBANG LAGI, NOVEL KARYA Khadijah Hashim.  Novel ini dicetak pada tahun 1972 (cetakan pertama) oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.  Novel ini memenangi hadiah sagu hati Peraduan Novel Sepuluh Tahun Merdeka anjuran kerajaan Malaysia pada tahun 1967.

SASTERAKarya
SAWDAH BINT ZAM'AH

Sawdah bint Zam’ah ( ? –55 H. / ? –675 M.) ialah

salah seorang daripada isteri Rasulullah s.a.w.

Sawdah bint Zam‘ah berasal dari kalangan

bangsawan Quraisy ‘Amiriyyah. Dia pernah

berhijrah ke Habsyah bersama-sama bekas

suaminya al-Sakran ibn ‘Amru yang juga seorang

Muslim yang bersaudara dengan Suhayl ibn ‘Amru.

Kemudian mereka pulang ke Makkah dan

setibanya di sana, suaminya meninggal dunia.

Baginda mengahwininya tiga tahun sebelum

Hijrah, iaitu selepas kematian Khadijah bint

Khuwaylid. Sebenarnya, Khawlah bint Hakim, iaitu

isteri Uthman ibn Maz’un yang mencadangkan

kepada Baginda Rasulullah s.a.w. dan meminang

Sawdah bagi pihak nabi. Baginda Rasulullah s.a.w.

pernah berhasrat untuk menceraikannya bahkan

menurut sesetengah riwayat lain, Baginda telah

menceraikannya, tetapi dia memohon agar dirujuk

kembali kerana ingin dibangkitkan di akhirat kelak

bersama-sama para isteri Baginda yang lain.

Menurut riwayat lain, dia adalah wanita yang

menjadi sebab turunnya ayat yang memerintahkan

kaum wanita Islam memakai hijab. Dia meninggal

dunia di Madinah.

Lihat juga Isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w.

UMUM 
RUQAYYAH BINT RASULULLAH S.A.W.

Ruqayyah bint Rasulullah s.a.w. (? – 2 H./? –

624 M.) ialah anak Khadijah bint Khuwaylid. Dia

memeluk Islam ketika ibunya memeluk Islam. Dia

turut melafazkan baiah kepada Rasulullah s.a.w.

bersama adik-beradiknya dan sekumpulan

perempuan Islam.

UMUMUmum
‘ABDULLAH IBN AL-ZUBAYRAbdullah ibn al-Zubayr (? –73 H./? –692 M.),

sahabat yang mulia dan orang yang pertama lahir di

Madinah selepas hijrah. Nama penuhnya ialah

‘Abdullah ibn al-Zubayr ibn al-‘Awwam ibn

Khuwailid ibn ‘Abd al-‘Uzza ibn Qusay ibn Kilab ibn

Murrah al-Quraisyi al-Asadi. Bapanya al-Zubayr ibn

al-‘Awwam, ialah salah seorang daripada kumpulan

yang dijamin syurga dan pembantu Rasulullah SAW.

Ibunya Asma’, anak perempuan Abu Bakar al-Siddiq.

Neneknya ialah Safiyyah, ibu saudara Rasulullah

SAW dan ibu saudaranya ialah ‘Aisyah, Umm al-

Mu’minin. Nenek saudaranya pula ialah Khadijah

bint Khuwaylid, Umm al-Mu’minin yang pertama.

UMUM 

Kembali ke atas