Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar hari kelima dlm seminggu, selepas hari Rabu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hari yg kelima dlm sesuatu minggu; hari selepas hari Rabu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata khamis

Puisi
 

Besok hari Khamis,
     Lusa hari Jumaat;
Kalau hati kita bengis-membengis,
     Hidup kita tak selamat.


Lihat selanjutnya...(7)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KHAMIS SUCI

Khamis Suci yang dikenali juga sebagai Holy

Thursday diraikan pada hari Khamis semasa

Minggu Suci dalam kalendar Kristian.

UMUM 
KHAMIS

Khamis ialah hari yang kelima dalam satu

minggu. Kaum Norseman purba menganggap hari

ini sebagai hari suci bagi Thor, iaitu dewa guruh

bagi kaum Teutonik. Khamis bermaksud hari Thor.

UMUM 
DUIT SYILING MAUNDY

Duit syiling Maundy diberikan oleh keluarga

diraja British kepada lelaki dan wanita yang

tertentu pada hari Khamis Suci (Maundy Thursday),

sehari sebelum Good Friday.

UMUM 
UTUSAN MELAYU

UTUSAN MELAYU, akhbar bertulisan Jawi dan Rumi yang diterbitkan di Singapura oleh Singapura Free Press sejak 7 November 1907.  Pada peringkat awalnya, Utusan Melayu diterbitkan tiga kali seminggu iaitu pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu bermula dari 7 November 1907 hingga 21 September 1915.  Dari tahun 1915 hingga tahun 1921, Utusan Melayu  menjadi akhbar harian.  Akhbar ini diberhentikan penerbitannya pada tahun 1921.  Antara pengarang Utusan Melayu di peringkat awal ialah Mohd. Eunos bin Abdullah (1907-1909), Abdul Hamid bin Miskin (1909-1914), Mohd. Ismail bin Abdul Kadir (1914-1918) dan Syed Sadullah Khan (1918-1921).  Pada 29 Mei 1930, Utusan Melayu diterbitkan semula hingga tahun 1938.

SASTERAPenerbitan
PENGASUH

PENGASUH, akhbar bertulisan Jawi.  Ia diterbitkan oleh Majlis Agama Islam dan Istiadat  Melayu Kelantan di Kota Baharu pada 11 Julai 1918.  Akhbar ini pada mulanya diterbitkan dua minggu sekali dan kemudiannya diterbitkan pada setiap hari Khamis dengan mempunyai lapan halaman.  Pengarangnya ialah Dato’ Haji Muhammad bin Haji Mohd. Said.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas