KHATULISTIWA MAGNET | Khatulistiwa magnet ialah suatu jalur bayangan yang mengelilingi bumi berdekatan dengan khatulistiwa geografi. | UMUM | |
AFRIKA PERANCIS KHATULISTIWA | | UMUM | |
KHATULISTIWA SAMAWI | Khatulistiwa samawi lihat Astronomi. | UMUM | |
KHATULISTIWA | Khatulistiwa ialah garisan bayangan di keliling dunia yang terletak di tengah-tengah di antara Kutub Utara dengan Kutub Selatan. | UMUM | |
ZON TROPIKA | Zon tropika ialah kawasan bumi yang terletak dalam lingkungan 2570 kilometer utara dan 2570 kilometer selatan garisan khatulistiwa. Dua garisan bayangan, iaitu Garisan Sartan dan Garisan Jadi, membentuk sempadan zon tropika. Garisan Sartan ialah 23° 27' ke utara khatulistiwa dan Garisan Jadi pula 23° 27' ke selatan khatulistiwa. | UMUM | |
ANGIN PASAT | Angin pasat ialah angin kencang yang bertiup menuju ke khatulistiwa dari arah timur laut atau tenggara. Pada zaman pelayaran silam, kapal-kapal pedagang banyak bergantung pada angin pasat. | UMUM | |
MALABO | Malabo (pend. 15 253) ialah ibu negara Equatorial Guinea (Guinea Khatulistiwa). Bandar ini terletak di Bioko, sebuah pulau di Teluk Guinea, Afrika Barat. Untuk lokasi Malabo, lihat Equatorial Guinea (peta). Malabo ialah pelabuhan penting yang mengendalikan eksport pisang, kayu kabinet, koko, kulit cinchona, kopi, kacang kola, dan minyak kelapa sawit. Kebanyakan penduduk di bandar ini bekerja dengan syarikat import eksport. Lapangan terbang terletak berhampiran Malabo. | UMUM | |
SIERRA LEONE | Sierra Leone ialah negara kecil yang terletak di bahagian yang “membonjol” di barat Afrika, di utara khatulistiwa. Sierra Leone menghasilkan sebahagian besar berlian – salah satu barang yang sangat berharga di dunia, dan antara negara utama yang mengeluarkan berlian untuk membuat batu permata dan juga digunakan dalam industri. | UMUM | Konsep |
DOLDRUM | Doldrum ialah satu kawasan lingkaran yang tenang, berangin lembut ataupun berbadai di sekitar khatulistiwa dan biasanya permukaan lautan. Pakar kaji cuaca menamakannya sebagai zon pertembungan antara tropika. | UMUM | |
EKUINOKS | Ekuinoks ialah salah satu daripada dua hari, dalam setahun apabila matahari berada tegak di atas khatulistiwa bumi. Pada waktu ini siang dan malam hampir sama panjangnya di mana-mana tempat di dunia. | UMUM | |