VEGETARIANISME | Vegetarianisme merupakan suatu amalan diet yang menghindari daging seperti daging lembu, khinzir, ayam, dan ikan dan mungkin juga termasuk produk daripada haiwan tersebut seperti gelatin, susu dan hasilan tenusu (keju, mentega), telur, madu dan sebagainya. | PEMAKANAN | Proses/Tindak Balas |
SOGIT | SOGIT, sejenis denda adat yang dikenakan terhadap seseorang untuk memulihkan keharmonian kampung. Sogit atau sugit, segit, sagit, diamalkan oleh sesetengah masyarakat peribumi di Sabah. Sogit lazimnya berbentuk binatang ternakan seperti kerbau, khinzir, kambing dan ayam, hasil pertanian seperti padi dan alat-alat tertentu seperti gong, gador, betukul, barang perhiasan, senjata dan pinggan mangkuk. | BUDAYA | Konsep |