HARI KIAMAT | | UMUM | |
KIAMAT | Kiamat ialah apabila seluruh alam semesta musnah. | AGAMA | Konsep |
SURAH AL-WAQI‘AH | Surah al-Waqi‘ah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-56 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 96 ayat. Surah ini dinamakan al-Waqi‘ah (hari kiamat) kerana ia dimulakan dengan tanda-tanda berlakunya hari kiamat dan kedahsyatannya. Surah ini membicarakan tentang keadaan hari kiamat dan kesengsaraan hari tersebut. Pada hari itu, manusia terbahagi kepada tiga golongan, iaitu golongan kanan, golongan kiri dan golongan yang berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan di dunia. | UMUM | |
USULUDDIN | Ilmu yang membicarakan tentang akidah agama Islam yang berhubung dengan ketuhanan, kenabian dan perkara-perkara ghaib seperti hari kiamat, syurga, neraka, serta qada' dan qadar. | AGAMA | Disiplin Ilmu |
SURAH AL-GHASHIYAH | Surah al-Ghashiyah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-88 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 26 ayat. Surah ini dinamakan al-Ghashiyah (hari kiamat yang huru-hara) kerana ada disebutkan di dalam ayat yang pertama sebagaimana dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Sudahlah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?” (Surah al-Ghashiyah 88:1) | UMUM | |
AHLI SUNNAH | Ahli Sunnah ialah golongan yang mengikut dan berpegang pada Sunnah yang terdiri dari kalangan sahabat dan sesiapa yang mengikut mereka dengan baik sehingga hari kiamat. Ibn Rajab berkata: “Al-Sunnah ialah perjalanan Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya yang bersih daripada syubahat dan hawa nafsu”. | UMUM | |
SURAH AL-QIYAMAH | Surah al-Qiyamah ialah salah satu daripada surah-surah Makkiyyah, surah yang ke-75 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 40 ayat. Surah ini dinamakan al-Qiyamah kerana gambaran hari kiamat dan perkara-perkara dahsyat yang berlaku pada hari tersebut. Firman Allah S.W.T. bermaksud: “Maka apabila pemandangan menjadi bingung (kerana ketakutan). Dan bulan menjadi gelap. Dan dikumpulkan matahari dan bulan”. (Surah al-Qiyamah 75:7–9) | UMUM | |
SURAH AL-HAQQAH | Surah al-Haqqah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-69 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 52 ayat. Surah ini dinamakan al-Haqqah kerana menerangkan tentang kedahsyatan hari kiamat dan golongan yang mendustakan ajaran Allah S.W.T. | UMUM | |
SURAH AL-ZALZALAH | Surah al-Zalzalah ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-99 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi lapan ayat. Surah ini dinamakan al-Zalzalah (gegaran) bersempena peristiwa gegaran yang amat dahsyat, yang akan berlaku pada hari kiamat dan menjadi pembukaan bagi surah ini. | UMUM | |
SURAH AL-TAGHABUN | Surah al-Taghabun ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-64 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 18 ayat. Surah ini dinamakan al-Taghabun (tipumenipu) berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Pada hari Allah S.W.T. menghimpunkan kamu pada hari berkumpul (kiamat), itulah hari al- Taghabun (tipu-menipu)...”. (Surah al-Taghabun 64:9) | UMUM | |