Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.lo.mé.ter] | کيلوميتر

Definisi : (kilométer) unit ukuran panjang yg bersamaan dgn 1000 meter atau 0.62 batu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.lo.mé.ter] | کيلوميتر

Definisi : seribu meter; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.lo.mé.ter] | کيلوميتر

Definisi : /kilométer/ unit jarak yg jauhnya seribu meter. perkilometeran (perkiraan) kos atau perbelanjaan yg diperlukan atau yg akan dikeluarkan bagi perjalanan sesebuah kenderaan mengikut kiraan jarak dlm kilometer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kilometer


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PULAU KANGGARU

Pulau Kanggaru ialah pulau terbesar yang

terletak di luar pesisir Australia Selatan.

Panjangnya ialah 145 kilometer dan 44 kilometer

lebar di bahagian yang paling lebar. Keluasannya

ialah 4300 kilometer persegi dan merupakan pulau

ketiga terbesar di perairan Australia. Pulau ini

terletak kira-kira 145 kilometer di selatan Adelaide.

Ia dipisahkan dari daratan oleh Selat Investigator.

UMUM 
MALAWI

Malawi ialah negara kecil yang berpemandangan
indah di tenggara Afrika. Panjangnya lebih kurang
850 kilometer dan lebarnya dari 80 kilometer hingga
160 kilometer. Malawi terletak di pantai barat Tasik
Nyasa, yang dikenali sebagai Tasik Malawi di negara
tersebut. Aktiviti gunung berapi purba
menyebabkan Malawi mendapat tanah yang subur.
Tetapi gunung-ganang, hutan rimba, dan padang
ragut yang kasar menyebabkan hanya lebih kurang
satu per tiga bumi negara ini sesuai untuk pertanian.

UMUMUmum
TASIK TORRENS

Tasik Torrens ialah tasik air masin yang cetek di

Australia Selatan. Panjang tasik ini ialah 193

kilometer dan lebarnya 64 kilometer. Luasnya 5776

kilometer persegi. Untuk lokasi, lihat Australia (peta

rupa bumi).

UMUM 
SARK

Sark (pend. 604) ialah salah sebuah Kepulauan

Channel kira-kira 110 kilometer di selatan England

dan 35 kilometer dari pantai Perancis. Sark hanya

kira-kira 4.8 kilometer panjang dan 2.4 kilometer

lebar. Sark merupakan negara berpemerintahan

sendiri yang terkecil di United Kingdom. Pulau ini

terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Sark Besar

dan Sark Kecil, yang dihubungkan oleh satu jalan

daratan kecil yang dinamakan La Coupée . Banyak

teluk dan gua pantai terdapat di pesisir pantainya.

Cenuram menegak di sekeliling pulau ini. Traktor

adalah satu-satunya kenderaan bermotor

dibenarkan di Sark. Jenis alat pengangkutan yang

paling banyak ialah basikal dan kereta kuda. Sark

merupakan kerajaan gabungan feudal dan

demokratik. Seigneur Sark ialah ketua kerajaan.

Creaux yang terletak di timur ialah bandar utama

dan tempat pendaratan. Sark boleh didatangi

dengan bot dari Jersey, yang mempunyai

perkhidmatan pengangkutan air dan udara dari

England. Semasa Perang Dunia II (1939–1945),

tentera Jerman menduduki pulau ini.

Lihat juga Kepulauan Channel.

UMUM 
TASIK NICARAGUA

Tasik Nicaragua, terletak di bahagian barat

Nicaragua, kira-kira 19 kilometer ke timur Lautan

Pasifik dan 113 kilometer ke barat Laut Caribbean.

Untuk lokasi, lihat Nicaragua (peta). Tasik tersebut

meliputi kawasan seluas 7925 kilometer persegi,

panjangnya 154 kilometer dan lebarnya 63

kilometer. Beberapa buah pulau besar terletak di

tasik ini. Pulau Ometepe, pulau yang terbesar,

mempunyai dua buah gunung berapi. Sungai

Tipitapa menghubungkan Tasik Nicaragua dengan

Tasik Managua di utara.

UMUM 
PULAU MARIA

Pulau Maria ialah pulau kecil (tidak lebih 19

kilometer panjang dan 13 kilometer lebar) di pantai

timur Tasmania, sebuah negeri pulau di Australia.

Penjelajah Belanda, Abel Tasman melawat pulau itu

pada tahun 1642. Pulau tersebut dihuni oleh Orang

Asli Tasmania sehingga kira-kira pada tahun 1820.

UMUM 
SAKHALIN

Sakhalin ialah pulau panjang yang terletak di

luar pantai timur Siberia. Panjangnya lebih kurang

970 kilometer dan lebarnya dari 26 kilometer

hingga 160 kilometer. Penduduknya seramai

709 000 orang dan luasnya 76 300 kilometer

persegi. Untuk lokasi, lihat Rusia (peta politik).

UMUM 
TASIK BANGWEULU

Tasik Bangweulu ialah sebuah lekukan cetek

kira-kira 80 kilometer panjang dan 48 kilometer

lebarnya, di bahagian utara Zambia (Rhodesia

Utara). Untuk lokasinya, lihat Zambia (peta).

UMUM 
PULAU LUNDY

Pulau Lundy ialah pulau di Selat Bristol di luar

pantai utara Devon di United Kingdom. Ia terletak

kira-kira 39 kilometer ke barat Ilfracombe dan 19

kilometer ke utara Tanjung Hartland. Ia berukuran

empat kilometer panjang 1 kilometer lebar. Pulau

ini merupakan balai cerap burung yang dikawal

oleh British Trust for Ornithology. Banyak burun g

puffin membiak di Pulau Lundy. Peninggalan Istana

Kota Marisco masih terdapat di pulau tersebut.

Lundy dimiliki oleh National Trust.

UMUM 
NIUE

Niue ialah negeri kepulauan yang berkerajaan

sendiri di Lautan Pasifik Selatan. Ia terletak kira-kira

480 kilometer di timur laut Tonga dan kira-kira 560

kilometer di tenggara Samoa Barat. Lihat

Kepulauan Pasifik (peta). Keluasan Niue adalah

21 kilometer panjang dan 18 kilometer lebar.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas