Moluska ialah haiwan berbadan lembut yang tidak bertulang. Siput, lintah, kima, kupang, tiram, sotong, dan sotong kurita ialah moluska. Kebanyakan moluska mempunyai cangkerang keras yang melindungi badannya yang lembut. Sesetengahnya seperti sotong katak dan sotong tidak mempunyai cangkerang luar. Cangkerang khas tumbuh di dalam badannya. Cangkerang ini dikenali sebagai tulang sotong pada sotong katak dan pen pada sotong. Beberapa jenis moluska termasuk sotong kurita dan lintah tertentu tidak mempunyai cangkerang langsung. Untuk maklumat lanjut tentang cangkerang moluska dan bagaimana ia terbentuk, lihat Cangkerang. |