Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kimianya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OSMIUM

Osmium ialah unsur logam keras, simbol kimianya

ialah Os. Beratnya dua kali berat plumbum, dan

mempunyai ketumpatan 22.48 gram per sentimeter

padu pada 20 ° C. Berat atomnya ialah 190.2 dan

nombor atomnya ialah 76. Smithson Tennant, ahli

kimia British, menemui osmium pada tahun 1804.

UMUM 
EMAS

Emas ialah unsur logam dengan simbol kimianya

Au. Emas ialah salah satu logam yang pertama

dikenali manusia. Pemilikan logam kuning terang

yang menarik ini menjadi simbol kekayaan sejak

beribu-ribu tahun dahulu.

UMUM 
AZURIT

Azurit ialah mineral yang mengandungi kuprum.

Formula kimianya ialah Cu 3 (CO 3 ) 3 (OH) 2 . Ia

dinamakan azurit kerana warnanya biru azure. Ia

biasanya dijumpai bercampur dengan mineral

kuprum hijau yang dikenali sebagai malakit .

Walaupun ia mungkin merupakan bijih kuprum

yang tidak penting di peringkat awal kerja

melombong kuprum, azurit digunakan

terutamanya dalam barang kemas. Pigmen biru

azurit pernah digunakan dalam lukisan. Sumber

utama hablur azurit ialah Tsumeb dan Namibia.

tetapi, hablur azurit yang paling sempurna datang

dari Chessy, Perancis.

Lihat juga Mineral (gambar: Azurit).

UMUM 
AMERISIUM

Amerisium ialah unsur radioaktif tiruan. Simbol

kimianya ialah Am dan nombor atomnya ialah 95.

Amerisium mempunyai 12 isotop yang diketahui

dan isotop yang paling stabil mempunyai nombor

jisim 243 dan separuh hayat 7400 tahun. Hanya

isotop ini dan isotop yang mempunyai nombor

jisim 241 serta separuh hayat 432 tahun boleh

dihasilkan dengan banyak. Pada 20°C, amerisium

mempunyai ketumpatan 13.67 gram per sentimeter

padu (lihat Ketumpatan ). Logam ini cair pada

1173°C.

UMUM 
MAGNESIUM

Magnesium ialah unsur kimia dengan simbol

kimianya Mg. Ia merupakan logam berwarna putih

perak yang terkenal kerana keringanannya.

UMUM 
KALKOSIT

Kalkosit ialah bijih penting bagi tembaga.

Formula kimianya ialah Cu2S. Kalkosit berwarna

kelabu plumbum berkilat yang bertukar menjadi

hitam apabila terdedah kepada udara.

UMUM 
MAGNESIA

Magnesia, juga dikenali sebagai magnesium

oksida (formula kimianya MgO), ialah bahan seperti

tanah berwarna putih dan tidak mempunyai rasa. Ia

digunakan sebagai antasid dan katartik yang ringan

(ubat untuk mencuci usus).

UMUM 
NOBELIUM

Nobelium ialah unsur radioaktif yang dihasilkan

secara artifisial. Simbol kimianya ialah No. Nombor

atomnya ialah 102. Ia mempunyai 10 isotop yang

diketahui. Isotop sesuatu unsur mempunyai

bilangan neutron yang berbeza dalam atomnya dan

dengan itu berat atomnya berbeza-beza. Isotop

yang paling stabil mempunyai nombor jisim 259

dan separuh hayat 58 minit (lihat Sinaran ).

Nobelium boleh dihasilkan hanya terlalu sedikit

untuk ditimbang.

UMUM 
MENDELEVIUM

Mendelevium ialah unsur radioaktif yang dicipta

secara artifisial. Simbol kimianya ialah Md, dan

nombor atomnya ialah 101. Mendelevium

mempunyai 13 isotop yang diketahui. Isotopnya

yang paling stabil mempunyai nombor jisim 258

dan separuh hayat 58 hari. Isotop mendelevium

yang paling berat mempunyai nombor jisim 260

dan separuh hayat 32 hari.

UMUM 
PRASEODIMIUM

Praseodimium adalah satu daripada unsur

kimia nadir bumi. Simbol kimianya ialah Pr,

nombor atomnya ialah 59, dan berat atomnya ialah

140.908. Pada 25 ° C, ketumpatannya ialah 6.475 gram

per sentimeter padu (lihat Ketumpatan ).

UMUM 
12345

Kembali ke atas