KOTA KINABALU | Kota Kinabalu (pend. 56 000), ibu negeri Sabah. Ia merupakan salah sebuah bandar yang besar dan terkenal di Borneo. Kota Kinabalu terletak dalam Residensi Pantai Barat Sabah. Pada masa dahulu, Kota Kinabalu dikenali sebagai Jesselton. Pada tahun 1967, bandar Jesselton ditukar nama kepada Kota Kinabalu. | UMUM | |
GUNUNG KINABALU | GUNUNG KINABALU, gunung tertinggi di Asia Tenggara. Gunung ini terletak di banjaran Crocker pada garis lintang 6 34’ U dan garis bujur 116 33’ T lebih kurang 90 km dari Kota Kinabalu, Sabah. Ketinggiannya menjangkau hingga 4101 m dari paras laut. Pada tahun 1964, Taman Kinabalu ditubuhkan merangkumi kawasan gunung dan sekitarnya seluas 76 700 hektar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MOHAMMAD ADNAN ROBERT, TUN | Mohammad Adnan Robert, Tun (1917– 2003) ialah Yang Dipertua Negeri Sabah yang keenam (1978–1986). Adnan lahir pada 10 September 1917 di Jesselton (kini Kota Kinabalu), Sabah. | UMUM | |
MOHAMED FUAD STEPHENS, TUN | Mohamed Fuad Stephens, Tun (1920–1976) merupakan Ketua Menteri Sabah yang pertama dari tahun 1963 hingga 1965. Dia lahir pada 14 September 1920 di Kudat, Sabah. Dia dan keluarganya memeluk agama Islam pada tahun 1971. Nama sebenarnya ialah Donald Stephens. Dia menerima pendidikan di Keningau, Jesselton (kini Kota Kinabalu) dan Sandakan. Dia meninggal dunia pada 6 Jun 1976 dalam nahas kapal terbang di Kota Kinabalu, Sabah. | UMUM | |
RUNSAI | RUNSAI, seni pentas suku kaum Bajau di daerah Papar, Kota Kinabalu, Tuaran dan Tempasuk di Sabah. Seni pentas ini berupa berjual beli pantun secara berlagu antara pihak lelaki dengan pihak wanita, sambil bergerak dia tas pentas khas dengan memakai pakaian dan peralatan tradisional kaum Bajau. Runsai atau berunsai sering dipersembahkan dalam majlis kesyukuran seperti baru mendapat anak yang dihajati, baru sembuh daripada sakit atau majlis pernikahan. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
BADAN BAHASA SABAH | BADAN BAHASA SABAH, persatuan penulis. Persatuan ini ditubuhkan pada 15 Mac 1970 di Tanung Aru, Kota Kinabalu, Sabah sebagai hasil percantuman antara Angkatan Persuratan Melayu Sabah (APMS) dengan Persatuan Penulis-penulis Sabah (PERPESA). Badan Bahasa Sabah ini juga dikenal dengan singkatan BAHASA. | SASTERA | Konsep |
SABAH | Sabah ialah negeri yang terletak di Malaysia Timur. Sabah terletak di timur laut Kepulauan Borneo, bersempadan dengan negeri Sarawak di bahagian barat daya, Negara Brunei Darussalam di bahagian timur laut, dan wilayah Kalimantan, Indonesia di bahagian tenggara. Sabah dikelilingi oleh Laut Sulawesi di bahagian tenggara, Laut Sulu di timur laut dan Laut China Selatan di barat laut. Sabah mempunyai keluasan 711 kilometer persegi dan meliputi satu per sepuluh daripada keseluruhan Kepulauan Borneo. Ibu negerinya ialah Kota Kinabalu. | UMUM | |
LAHAD DATU | LAHAD DATU, petempatan masyarakat keturunan Sabah. Dalam bahasa Bajau, ‘Lahad’ bererti tempat dan ‘Datu’ pula merujuk pada penduduk berketurunan datu di Sabah. Lahad datu ialah salah satu daripada tiga daerah utama dalam bahagian Tawau, Sabah. Dua daerah lain merujuk pada daerah Tawau dan Semporna. Lahad Datu terletak di bahagian timur negeri Sabah, iaitu di bahagian utara Teluk Darvel dengan keluasan kawasan 11 025 km persegi, dan lebih kurang 482 km jauhnya dari Kota Kinabalu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |