KING, STEPHEN | King, Stephen (1947– ) ialah penulis popular Amerika yang menulis cerita seram dan ngeri. King ialah penulis cerita yang plotnya menitikberatkan kesan kejahatan dan ketakutan. Dia sering mencetuskan keadaan yang menggerunkan daripada watak dan tempat moden yang biasa. | UMUM | |
CITIZEN KING | | UMUM | |
COLE, NAT “KING” | | UMUM | |
PHILIP, KING | Philip, King ( ? –1676) ialah ketua kaum Orang Asli Wampanoag di Amerika Utara pada tahun 1662. Nama sebenarnya ialah Metacomet. Dia adalah anak kepada Massasoit sahabat kepada Bapa Penziarah. Philip menggantikan abangnya sebagai ketua. | UMUM | |
ARTHUR, KING | Arthur, King ialah raja legenda pada zaman pertengahan Britain. Dia menjadi watak utama dalam beberapa buah kisah yang paling popular dalam kesusasteraan dunia. Selama hampir 1000 tahun para pengarang telah menceritakan tindakan berani Arthur dan petualangan sateria-sateria Meja Bulatnya (Round Table). | UMUM | |
KING, SIR TRUBY | King, Sir Truby (1858–1938), doktor dari New Zealand dan pakar kebajikan yang mengasaskan Royal New Zealand Society bagi Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak, yang dikenali sebagai Plunket Society, pada tahun 1907. | UMUM | |
KING, BILLIE JEAN | King, Billie Jean (1943– ), bintang tenis Amerika, menjadi salah seorang pemain tenis wanita yang teragung dalam sejarah. | UMUM | |
O'MALLEY, KING | O’Malley, King (1854–1953) ialah ahli Parti Buruh Australia, berkhidmat dalam Dewan Perwakilan sejak tahun 1906 hingga tahun 1917. | UMUM | |
MERTON, ROBERT KING | Merton, Robert King (1910–2003), ahli sosiologi Amerika. Dia terkenal kerana menggabungkan teori sosial dengan penyelidikan kuantitatif (statistik). Dalam bukunya Science, Technology and Society in Seventeenth Century England (1938), Merton membincangkan sumbangan kekuatan budaya, ekonomi dan sosial kepada perkembangan sains moden. Dia menyimpulkan bahawa ramai reformis Protestan, termasuk golongan Puritan Inggeris, secara tidak langsung telah menolong sains moden dengan menggalakkan orang membuat kajian terhadap alam tabii. | UMUM | |
KING, MARTIN LUTHER, JR | King, Martin Luther, Jr. (1929–1968) ialah paderi Baptis kulit hitam Amerika dan merupakan pemimpin utama pergerakan hak awam di Amerika Syarikat pada tahun 1950-an dan tahun 1960-an. Dia merupakan penerima Hadiah Nobel bagi Keamanan kerana memimpin demonstrasi hak awam tanpa kekerasan. | UMUM | |