| SIGURD | Sigurd ialah nama Scandinavia bagi wira legenda Jerman yang bernama Siegfried. Cerita mengenainya mungkin bermula pada tahun 400-an S.M. dan tiba di Scandinavia tidak lama kemudian. Kisahnya diabadikan dalam bentuk puisi dalam Elder Edda, koleksi puisi yang digubah di Iceland pada tahun 1000-an dan 1100-an. Prosa Saga of the Volsungs, yang ditulis di Iceland pada tahun 1100-an dan 1200-an, menceritakan kisah penuhnya. Lihat juga Edda; Nibelungenlied; Siegfried. | UMUM | |
| SURAH AL-NAHL | Surah al-Nahl ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-16 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 128 ayat. Surah ini dinamakan al-Nahl (lebah) kerana kisahnya yang disebut di dalam surah ini menunjukkan keajaiban makhluk ciptaan Allah S.W.T. | UMUM | |
| CALONARANG | CALONARANG, sejenis seni drama tari suci di Bali, Indonesia, yang mengambil cerita daripada sastera Jawa kuno. Kisahnya konon berlaku dalam zaman pemerintahan Raja Airlangga, di sebuah desa bernama Desa Girah. Ada seorang janda yang mempunyai ilmu hitam bergelar Calonarang. Janda ini mempunyai seorang anak yang cantik bernama Ni Ratna Manggali, tetapi tiada pemuda yang berani melamar anaknya. Akibatnya janda itu mengancam rakyat Airlangga dengan menyebarkan penyakit yang memusnahkan. Raja Airlangga meminta bantuan pendetanya, Empu Barada, untuk menakluki ilmu sihir janda itu dan menundukkannya. Empu Barada menghantar muridnya, Bahula, yang menyamar sebagai Ratna Manggali dan turut menyamar sebagai murid Calonarang. Bahula berjaya mendapatkan ‘buku rahsia’ Calonarang, membawanya kepada Empu Barada dan akibatnya kuasa hitam Calonarang dapat dialahkan. Airlangga kembali tenteram. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
| MAHABHARATA | Mahabharata ialah satu daripada dua puisi epik India yang agung. Puisi yang satu lagi merupakan Ramayana. Mahabharata merupakan puisi yang paling panjang di dunia yang terdiri daripada 220 000 baris dan terbahagi kepada 18 bahagian. Puisi ini ditulis dalam bahasa Sanskrit, iaitu bahasa suci India purba tetapi telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa moden India disebabkan kisahnya terkenal di seluruh India. Pelbagai versi cerita puisi ini juga ditayangkan di televisyen sama ada di India atau di kebanyakan negara lain. | UMUM | |