Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata klang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KLANG

KLANG salah sebuah petempatan lama di Semenanjung Tanah Melayu.  Asal usul nama Kelang berkait rapat dengan kedudukan Kelang sebagai pelabuhan dan tempat persinggahan para pedagang dan perantau.  Berbagai-bagai nama dapat dikesan seperti Clang, Clan, Callangh, Calangh, Callang dan lain-lain.  Pada masa ke-15 dan abad ke-16, khususnya dalam hikayat-hikayat Melayu, ada menyebut tentang nama Raden Kelang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH

Kolej Islam Klang (KIK) merupakan sebuah sekolah agama berasrama penuh. Kolej Islam Klang ditubuhkan secara rasmi pada 24 Februari 1955 dan telah melalui proses penukaran nama sebanyak 3 kali.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SISTEM TRANSIT ALIRAN RINGAN (LRT)

Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) ialah

sejenis pengangkutan kereta api elektrik. Terdapat

dua sistem transit aliran ringan yang beroperasi di

Lembah Klang, Malaysia, iaitu STAR-LRT dan PUTRALRT.

UMUM 
SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH

Sultan Alauddin Riayat Syah (1455–1488) ialah

Sultan Melaka yang ketujuh (1477–1488). Baginda

dilantik menjadi sultan menggantikan ayahandanya,

Sultan Mansur Syah. Ada sumber menyebut bahawa

ibu baginda ialah seorang wanita berketurunan Jawa.

Baginda juga dikatakan pernah menjadi ‘ratu’ di Klang.

Pada masa pemerintahan Sultan Alauddin, Melaka

telah berjaya meluaskan jajahan takluknya dengan

menakluki Aru. Dengan penaklukan tersebut, Melaka

berjaya mengawal sepenuhnya Selat Melaka. Oleh

itu, seluruh aktiviti perdagangan dan jalan perairan di

Selat Melaka dikawal oleh satu kuasa tunggal yang

berpusat di Melaka.

UMUM 
KENANG-KENANGAN SELANGOR

KENANG-KENANGAN Selangor, buku salasilah dan adat istiadat pemerintahan Kesultanan Selangor.  Buku ini ditulis oleh Wan Mohd. Amin Wan Mohd. Said, Dato' Amar Diraja Penghulu Istiadat Selangor Darul Ehsan.  Buku ini diterbitkan pada bulan Julai 1937 oleh The New Klang Press, Edisi kedua diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1966)) dalam tulisan Rumi, dengan judul Pusaka Selangor dan disunting oleh Abdul Samad Ahmad.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKarya
MAARUF MAHMUD

MAARUF MAHMUD (1920-   ), penulis. Dia lahir pada 4 Disember 1920 di Hulu Yam Baru, Hulu Selangor, Selangor. Dia juga menggunakan nama pena Marmah dan Merak Mas. Maaruf mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Ulu Yam Baru (1926-1927) dan Sekolah Melayu Port Swettenham hingga tahun 1930. Dia menyambung persekolahannya di High School Klang (1931-1934).

SASTERATokoh

Kembali ke atas