Perkhidmatan berita ialah organisasi yang mengumpulkan dan mengedarkan berita. Kebanyakan akhbar dan stesen radio serta televisyen bergantung pada perkhidmatan berita untuk mendapat berita dalam negara dan antarabangsa. Beberapa buah akhbar dan stesen menghantar wartawannya sendiri untuk memperoleh berita dalam negara dan luar negara. Perkhidmatan berita berkembang dari organisasi yang diwujudkan di Eropah pada tahun 1820-an dan tahun 1830-an untuk membekalkan berita ekonomi kepada klien persendirian. Perkhidmatan berita pada suatu masa dahulu dikenali sebagai perkhidmatan wayar kerana wartawan menghantar laporan mereka melalui wayar ke alat percetakan yang disebut sebagai telemesin taip. |