KLORIDA | Klorida ialah sebatian kimia yang mengandungi ion klorin (Cl ¯). Atom klorin dengan mudah menarik elektron daripada unsur-unsur lain untuk membentuk klorida. Klorida tersebar luas di permukaan bumi. | UMUM | |
POLIVINIL KLORIDA (PVC) | Polivinil klorida (PVC) ialah bahan plastik yang kuat, tahan lama. Ia mudah bercampur dengan pelincir, pengisi, dan pewarna untuk membuat plastik yang mempunyai banyak sifat yang berbeza. Terdapat dua jenis asas plastik PVC – tegar dan fleksibel. Keluaran yang dibuat daripada plastik PVC tegar termasuk botol, paip, dan bahan sisian bingkai tingkap. Keluaran yang dibuat daripada plastik PVC mudah dibentuk termasuk pakaian hujan, tirai mandi, hos, dan bahan penebat elektrik. | UMUM | |
SESIUM | Sesium ialah unsur logam lembut, berwarna keperakan. Garam sesium larut, seperti sesium karbonat dan sesium klorida, tersebar banyak dalam kepekatan rendah dalam air garam dan air mineral. Ahli sains Jerman, Robert Bunsen dan Gustav Kirchhoff mengesan sesium pada tahun 1860. Pada tahun 1882, ahli kimia Carl Setterberg mengasingkan logam tulen. | UMUM | |
POTASY | Potasy ialah nama komersial bagi sekumpulan garam yang mengandungi unsur kalium. Jenis potasy yang paling penting ialah kalium klorida (KCl), yang digunakan terutamanya untuk membuat baja. Kira-kira 95 peratus daripada potasy yang diproses di seluruh dunia ditapis menjadi baja. Potasy juga digunakan dalam pembuatan sabun dan bahan pencuci, kaca, seramik, tekstil, pencelup, bahan kimia, dan ubat. | UMUM | |
KLORIN | Klorin ialah gas beracun, berwarna hijau – kekuningan dengan bau yang kuat dan tidak menyenangkan. Klorin menyebabkan kerengsaan kepada hidung, kerongkong dan paru-paru. Namun demikian, apabila digabungkan dengan logam natrium, klorin menjadi natrium klorida, atau garam biasa. | UMUM | |
TALBOTAIP | Talbotaip ialah sejenis gambar yang dihasilkan menggunakan proses fotografi terawal. Nama ini sempena nama penciptanya, W.H. Fox Talbot, ahli sains Inggeris. Dia mula menjalankan proses ini pada tahun 1839. Dia membuat sehelai kertas yang sensitif kepada cahaya dengan merendamnya beberapa kali dalam larutan sodium klorida dan nitrat-perak. Kemudian, dia mendedahkan kertas itu kepada cahaya dalam kamera atau cahaya matahari. Garam perak membentuk imej negatif, bertukar menjadi gelap apabila terkena cahaya. Selepas memproses negatif utama ini dengan larutan garam, dia boleh mencetak seberapa banyak kertas positif. | UMUM | |