KO CHOSUN | Ko Chosun, kerajaan terawal dipercayai muncul di Korea. Ia juga dikenali sebagai Chosun Lama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SAADI | Saadi (1213?–1292) ialah pengarang Parsi yang masyhur menulis karya dalam bentuk prosa dan puisi. Cerita prosanya yang paling terkenal ialah Golestan ( Rose Garden ), satu ko leksi cerita prosa dengan memasukkan banyak rangkap tentang moral. Penulisan Saadi dicirikan dengan gaya yang jelas dan sederhana, dan dengan sentimen tolak ansur dan perikemanusiaan. Kejelasan dan kualiti moral yang tinggi dalam penulisannya berkemungkinan telah menjadikannya paling popular di kalangan pengarang Parsi. | UMUM | |
TAKUAPA | TAKUAPA, tapak arkeologi zaman protosejarah. Takuapa terletak di pantai barat Semenanjung Thailand, 96 km ke utara Pulau Phuket. Di daerah ini terdapat tiga tapak arkeologi zaman protosejarah kerajaan awalyang penting iaitu T’ung-T’uk (di Pulau Ko Kho Khau), Bukit Pra No dan Bukit Pra Narai. Tinggalan tersebut adalah tinggalan kerajaan-kerajaan entrepot Melayu abad ke-9 M. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |