KOA KUNRENJO | KOA KUNRENJO, pusat latihan kepimpinan pada masa pemerintahan Jepun. Koa Kunrenjo ditubuhkan pada Ogos 1942 di Jakarta dan sebuah di singapura, dengan ditadbir oleh seorang kolonel tentera Jepun. Pada Februari 1943, Koa Kunrenjo ditubuhkan di Melaka dan beroperasi di Maktab Perempuan Melayu Melaka. Tujuan pusat ini ditubuhkan adalah untuk melahirkan golongan pentadbir dan ahli politik melalui satu program latihan yang merangkumi latihan fizikal dan ketenteraan, ‘bushido’ (etika moral golongan samurai), bahasa Jepun, sejarah dan ekonomi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MOHAMMAD SANY ABDUL GHAFFAR, TAN SRI | MOHAMMAD SANY ABDUL GHAFFAR, Tan Sri (1926- ), Ketua Turus Angkatan Tentera yang keenam (1977-1981). Dia lahir pada 19 Januari 1926 di Kampung Pinang Baik, Selayang, Selangor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu hingga Darjah Lima dan pendidikan menengah di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Persekolahannya terganggu akibat Perang Dunia Kedua pada tahun 1941. Semasa pendudukan Jepun, dia bekerja di Jabatan Pelajaran Jepun dan ditugaskan sebagai Penjaga Kutub Khanah Kuala Lumpur. Semasa berkhidmat dengan Jepun, dia memasuki Marai Koa Kun Rengho di Melaka selama enam bulan. Apabila British kembali memerintah Tanah Melayu, dia menyambung semula persekolahannya di Victoria Institution, Kuala Lumpur hingga memperoleh Senior Cambridge. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |