Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.di] | کودي

Definisi : 1. dua puluh; dua ~ kain empat puluh helai kain; kepala ~ a) kain (sarung) yg diletakkan di atas sekali pd ikatan beberapa helai kain (sbg contoh); b) ki ketua kumpulan orang-orang jahat (atau budak-budak nakal); 2. tidak istimewa atau tidak tinggi mutunya (kurang baik buatannya dsb); barang (kain dll) ~ barang (kain dll) yg rendah mutunya dan murah harganya, barang (kain dll) yg dibuat banyak-banyak; berkodi-kodi beberapa kodi, berpuluh (he­lai); kodian berkodi-kodi; barang ~ barang kodi; perkodian; kepala ~ kain yg diletakkan di atas sekali pd ikatan kain, kepala kodi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.di] | کودي

Definisi : dua puluh helai (kain dll): dua ~ kain empat puluh helai kain. berkodi-kodi beberapa banyak kodi; berpuluh-puluh helai (kain dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kodi

Puisi
 

Pecah cawan pecah botol,
     Pecah menimpa kodi kain;
Kalau abang nanti yang betul,
     Saya tidak mencari lain.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MINUIT, PETER

Minuit, Peter (1580–1638) ialah gabenor koloni

Belanda. Dia membeli Pulau Manhattan (kini

sebahagian daripada New York City) daripada

Orang Asli Amerika pada tahun 1626 dengan

barang kodi yang bernilai 60 guilder Belanda, atau

kira-kira 24 dolar Amerika (lihat Pulau Manhattan).

Pembelian ini menyebabkan terdirinya

penempatan di pulau itu secara sah oleh Syarikat

Hindia Barat Belanda. Minuit mendirikan New

Amsterdam, sebuah penempatan di bahagian

bawah pulau itu yang menjadi pusat aktiviti syarikat

tersebut. Walaupun penduduknya dilindungi oleh

air di tiga sisi, tetapi Minuit membina Fort

Amsterdam sebagai perlindungan tambahan

daripada Orang Asli Amerika yang bersikap

bermusuhan. New Amsterdam ialah asas

permulaan New York City.

UMUM 

Kembali ke atas