Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[koir] | کوءير

Definisi : (kuayer) sekumpulan penyanyi (yg ber­nyanyi bersama-sama): ~ sekolah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[koir] | کوءير

Definisi : kumpulan orang (penyanyi) yg dilatih utk bernyanyi bersama-sama dgn suara yg berharmoni. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata koir


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEKOLAH KOIR

Sekolah koir adalah pertubuhan-pertubuhan di

United Kingdom yang memberi tumpuan khas

kepada pendidikan kanak-kanak lelaki yang

menyanyi dalam koir di upacara keagamaan

harian. Sesetengah sekolah ini mengambil hanya

ahli koir (koir lelaki), tetapi kebanyakan yang lain

juga menerima murid-murid lain. Semua murid

mendapat pendidikan am yang baik.

UMUM 
VIENNA BOYS CHOIRKumpulan koirKESENIANInstitusi/Organisasi
MUSE

Muse ialah sembilan dewi seni dan sains dalam

mitologi Yunani dan Rom. Dalam mitologi Yunani,

mereka ialah anak perempuan Zeus, raja dewa,

dan Mnemosyne, dewi ingatan. Setiap Muse

memerintah sesuatu seni atau sains. Calliope ialah

Muse puisi epik; Erato, puisi cinta; Euterpe, puisi

lirik; Melpomene, tragedi; Thalia, komedi; Clio,

sejarah; Urania, astronomi; Polyhymnia, lagu

kudus; dan Terpsichore, tarian.

Orang Yunani percaya dewi-dewi ini tinggal di

atas gunung Olympus dengan ketua mereka, dewa

Apollo. Muse ini sama seperti ketua mereka,

sentiasa muda dan cantik. Mereka boleh melihat ke

masa hadapan, yang tidak ramai dewa lain boleh

buat. Mereka juga mempunyai kebolehan

menghilangkan rasa sedih dan duka. Muse

mempunyai suara yang menyenangkan, merdu dan

selalu menyanyi sebagai koir. Penulis dan pelukis

awal Yunani memanggil Muse untuk inspirasi

sebelum memulakan kerja. Mana-mana satu atau

semua Muse ini boleh dipanggil untuk

mendapatkan bantuan, walaupun setiap seorang

mengawal seni atau sains yang khusus.

Dewi-dewi ini memainkan peranan penting

dalam mitologi Rom, walaupun Pemujaan Muse

oleh orang Rom adalah dipinjam daripada orang

Yunani. Orang Rom percaya bahawa Jupiter, raja

dewa mereka, adalah bapa Muse.

Beberapa perkataan berasal daripada perkataan

Yunani, Mousa bermakna Muse. Ia termasuk

museum , yang asalnya bermakna kuil Muse; dan

music , yang bermakna seni Muse.

UMUM 

Kembali ke atas