Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.lé.ra] | کوليرا

Definisi : (koléra) sj penyakit berjangkit yg me­nyebabkan orang yg menghidapnya muntah­-muntah dan sering kali membuang najis yg cair, taun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.lé.ra] | کوليرا

Definisi : /koléra/ penyakit berjangkit yg menyebabkan penghidapnya muntah-muntah dan selalu buang air; taun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kolera


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LARAS BAHASA

LARAS BAHASA, ciri gaya penceritaan dalam bahasa baku yang digunakan untuk sesuatu jenis bidang. Ciri-ciri itulah yang membolehkan kita dapat menjangka apa yang menjadi topik utama sesuatu teks sebaik-baik kita membaca ayat pertama. Sebagai contoh, jikalau ayat pertama berbunyi ‘Alkisah, pada suatu masa di zaman dahulu....’, kita terus dapat meneka dengan tepat bahawa apa yang akan kita baca selanjutnya ialah sebuah cerita lama. Ayat seperti itu tidak digunakan untuk teks-teks lain.

      Laras ialah unsur bahasa, bukan unsur makna. Maksudnya, makna yang sama boleh diungkapkan dalam beberapa laras. Sebagai contoh, topik tentang penyakit kolera boleh diterangkan dalam laras teknikal atau laras umum tanpa mengubah makna yang asal. Satu contoh lagi ialah topik agama boleh diterangkan dengan menggunakan laras agama atau laras umum.

BAHASABahasa

Kembali ke atas