Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.lo.ni] | کولوني

Definisi : 1. negeri, tanah jajahan; 2. sekumpulan serangga atau haiwan dr jenis yg sama yg hidup bersama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.lo.ni] | کولوني

Definisi : 1 negeri atau wilayah yg diperintah oleh bangsa lain; tanah jajahan. 2 kumpulan haiwan atau tumbuh-tumbuhan sama jenis yg tinggal atau yg tumbuh bersama-sama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata koloni


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KOLONI

Koloni lihat Beaver; Haiwan (Kawasan tempat

tinggal; Hidup berkumpulan); Lebah (Koloni lebah

madu); Semut (Kehidupan dalam koloni semut).

UMUM 
KOLONIALISME

KOLONIALISME ialah sebuah sistem yang satu

masyarakat atau negara (kuasa penjajah) mengawal

rakyat dan sumber sesuatu tempat yang lain,

koloni. Lazimnya, koloni terletak di seberang

laut dan jauh daripada kuasa penjajah. Oleh itu,

kuasa penjajah akan menghantar rakyat negaranya

untuk menetap di koloni itu untuk mentadbir,

dan seterusnya menyedut perlahan-lahan segala

sumber kekayaan yang ada.

UMUM 
MINUIT, PETER

Minuit, Peter (1580–1638) ialah gabenor koloni

Belanda. Dia membeli Pulau Manhattan (kini

sebahagian daripada New York City) daripada

Orang Asli Amerika pada tahun 1626 dengan

barang kodi yang bernilai 60 guilder Belanda, atau

kira-kira 24 dolar Amerika (lihat Pulau Manhattan).

Pembelian ini menyebabkan terdirinya

penempatan di pulau itu secara sah oleh Syarikat

Hindia Barat Belanda. Minuit mendirikan New

Amsterdam, sebuah penempatan di bahagian

bawah pulau itu yang menjadi pusat aktiviti syarikat

tersebut. Walaupun penduduknya dilindungi oleh

air di tiga sisi, tetapi Minuit membina Fort

Amsterdam sebagai perlindungan tambahan

daripada Orang Asli Amerika yang bersikap

bermusuhan. New Amsterdam ialah asas

permulaan New York City.

UMUM 
MONERAN

Moneran ialah sekumpulan organisma satu sel

yang primitif. Kumpulan ini terdiri daripada

bakteria dan alga hijau. Organisma ini hidup

bersendirian atau berkumpulan yang dikenali

sebagai koloni. Organisma individu hanya boleh

dilihat dengan mikroskop, tetapi sesetengah

koloni boleh dilihat dengan mata kasar.

UMUM 
PERMAISURI

Permaisuri lihat Anai-anai; Lebah; Semut

(Kehidupan dalam koloni); Serangga (Kehidupan

berkeluarga) .

UMUM 
ANDROS, SIR EDMUND

Andros, Sir Edmund (1637–1714) ialah tentera

dan pentadbir Inggeris. Pada tahun 1686, dia

menjadi gabenor beberapa buah koloni Amerika

Utara, yang dinamakan Dominion of New England.

Dia ke Hartford, Connecticut, untuk menuntut

piagam yang memberi kepada mereka hak untuk

mentadbir sendiri koloni itu. Mereka enggan

menyerahkannya. Mengikut legenda, mereka

menyembunyikan piagam itu di dalam sebatang

pokok, yang kemudian dinamakan Piagam Oak.

UMUM 
PERLEMBAGAAN AUSTRALIA

Perlembagaan Australia diisytiharkan pada

1 Januari 1901 apabila keenam-enam koloni yang

berasingan bergabung bagi membentuk

Komanwel Australia. Lihat Perlembagaan;

Persekutuan Australia.

UMUM 
ACADIA

Acadia ialah satu wilayah di timur Kanada yang

menjadi tapak pertama koloni orang Eropah.

UMUM 
KONGRES BENUA

Kongres Benua ialah persidangan para

perwakilan Koloni Amerika yang bertemu buat

kali pertamanya di Philadelphia, Pennsylvania,

pada 5 September 1774.

UMUM 
AUSTIN, STEPHEN FULLER

Austin, Stephen Fuller (1793–1836) merupakan

penjajah Amerika. Pada tahun 1820-an, dia

memulakan koloni Amerika yang pertama, sekarang

ini dipanggil Texas. Kawasan ini adalah sebahagian

daripada Mexico pada waktu itu.

UMUM 
123

Kembali ke atas