Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.lo.nial] | کولونيال

Definisi : bersifat jajahan (penjajah, penjajahan); golongan ~ golongan yg bertalian dgn pihak penjajah; pegawai-pegawai ~ pegawai pe­merintah kerajaan penjajah; pemerintah ~ pemerintah penjajah (di tanah jajahan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.lo.nial] | کولونيال

Definisi : berkaitan dgn tanah jajahan (penjajah, penjajahan): pegawai ~ pegawai pemerintah kerajaan penjajah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kolonial


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PASCAKOLONIALSelepas kolonial.SASTERAKonsep
EARL, GEORGE

Earl, George (1813-1865), pegawai kolonial

British yang menjadi pakar bahasa Melayu.

UMUM 
EMIN PASHA

Emin Pasha (1840–1892) ialah pentadbir kolonial

Jerman dan penjelajah di Afrika. Dia memberi

sumbangan penting kepada pengetahuan geografi

tentang Sudan dan Afrika Tengah.

UMUM 
PAIN HOOP

Pain hoop yang juga dinamakan pain kolonial atau

pain Teluk Moreton, adalah antara beberapa spesies

pain yang terbesar di Australia, setinggi 60 meter. Ia

tumbuh di pantai selatan Queensland dan di pantai

utara New South Wales.

UMUM 
DAGOHOY, FRANCISCO

Dagohoy, Francisco (1704?–1774?), patriot

Filipina mengetuai pemberontakan menentang

pemerintah kolonial Sepanyol di Filipina pada

tahun 1744.

UMUM 
NU, U

Nu, U (1907–1995) ialah ahli politik dan negarawan

Burma . Pada tahun 1930-an, dia merupakan

pemimpin gerakan politik pelajar yang menentang

pemerintahan kolonial British. Pada tahun 1948, dia

menjadi perdana menteri pertama Burma yang

merdeka.

UMUM 
BYRD

Byrd ialah nama keluarga bagi dua anak-beranak

Amerika yang terkenal.

William Byrd (1652–1704) ialah pemilik ladang

yang kaya semasa zaman Virginia kolonial

di Amerika Utara. Dia mewarisi tanah bapa

saudaranya di Sungai James. Tanah ini terletak di

kawasan yang kini ialah Richmond.

UMUM 
MAXWELL, SIR WILLIAM

Maxwell, Sir William (1846-1897) ialah pegawai kolonial Inggeris yang mengkaji bahasa dan sastera Melayu, dan  menyumbang terhadap persuratan Melayu.

BAHASATokoh
A. RIVAI

A. RIVAI (1871-1933), wartawan dan ahli Volksraad (Dewan Perwakilan Rakyat) yang dilantik oleh kolonial Belanda.  Dia lahir di Palembayan, Bangkahulu, Indonesia. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SERVICE, JAMES

Service, James (1823–1899) ialah pemimpin

politik Australia yang menjadi pemimpin gerakan

persekutuan yang mencetuskan pembentukan

Komanwel Australia pada tahun 1901. Service ialah

perdana menteri Victoria pada tahun 1880 dan dari

tahun 1883 hingga tahun 1886. Pada tahun 1884, dia

telah menubuhkan majlis persekutuan yang

dikuasainya sehingga tahun 1889. Dia mewakili

Victoria di persidangan kolonial London pada tahun

1887, dan di persidangan persekutuan di Sydney

pada tahun 1890. Service lahir di Kilwinning,

Ayrshire, Scotland. Dia berhijrah ke Melbourne

pada tahun 1853.

UMUM 
123

Kembali ke atas