Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.ma] | کوما

Definisi : tanda baca (,) utk menandakan tempat berhenti sebentar ketika membaca; ~ bernoktah = titik ~ tanda baca (;) utk menandakan tempat berhenti membaca se­bentar; ~ di atas, tanda koma yg dituliskan di sebelah atas di hujung suku kata (spt tanda koma pd perkataan Dato’ dll); ~ terbalik tanda koma yg ditulis terbalik dan biasanya di sebelah atas baris atau perkataan, tanda ‘atau’; berkoma terdapat tanda koma; mengomakan meletakkan tanda koma pd: ~ ayat yg panjang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ma] | کوما

Definisi : keadaan tidak sedarkan diri utk beberapa lama (biasanya akibat kemalangan atau sesuatu penyakit): dlm keadaan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ma] | کوما

Definisi : tanda baca(an) (,) utk menandakan tempat berhenti sebentar: ~ bernoktah tanda baca(an) (;). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ko.ma] | کوما

Definisi : keadaan tidak sedar akan diri kerana sakit, cedera dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata koma


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AYAT MAJMUK

Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada 2 ayat mudah atau lebih yang dihubungkan oleh kata hubung, atau dipisahkan oleh koma, koma bertindih atau titik bertindih. Contohnya diberikan seperti berikut:

BAHASAKonsep
KOMA

Koma ialah keadaan hilang kesedaran sama

sekali. Perkataan ini berasal dari perkataan Yunani,

koma, yang bermakna tidur lena.

UMUM 
TIDUR

Tidur ialah keadaan rehat dan tidak sedar terhadap

apa-apa yang berlaku di sekeliling dalam tempoh

tertentu. Tidur tidak sama dengan koma kerana

orang yang tidur mudah terjaga. Manusia atau

haiwan yang sedang tidur boleh terjaga dengan

cepat, misalnya, akibat bunyi bising atau cahaya

lampu yang terang. Semua manusia dan beberapa

jenis haiwan mesti mempunyai jumlah tidur yang

cukup dalam sehari pada sela masa yang tetap.

Apa yang berlaku semasa tidur. Apabila

seseorang itu tidur, semua aktiviti menurun dan

otot berehat. Denyutan jantung dan kadar

pernafasan menjadi perlahan. Orang itu, perlahan-lahan

menjadi tidak sedar terhadap apa yang

berlaku di sekelilingnya.

UMUM 
NARKOTIK

Narkotik adalah bahan yang memberi kesan

tekanan yang kuat kepada sistem saraf manusia.

Bahan narkotik menyebabkan pengambilnya tidak

merasai kesakitan, hampir pengsan, tertidur atau

koma, berdasarkan jumlah yang diambil. Perkataan

Narkotik berasal daripada perkataan Yunani yang

bermaksud untuk menjadi kebas.

UMUM 
TANDA BACA

Tanda baca ialah tanda-tanda tertentu yang

digunakan dalam tulisan dan cetakan untuk

menjelaskan maksud penulis.

Tulisan awal dan cetakan awal mempunyai tanda

untuk menunjukkan tanda baca. Tetapi tanda itu

digunakan mengikut kehendak penulis dan

mengikut tanda yang ada dalam mesin pencetak.

Orang Yunani purba, misalnya, sering

menggunakan koma bertitik untuk menggantikan

tanda tanya moden. Percetakan dan tanda baca

bertambah baik dengan pesat pada tahun 1400-an

dan tahun 1500-an, khususnya di Itali. Dalam

tempoh ini, Aldus Manutius, seorang pencetak dan

penjilid buku Itali, mula menggunakan pelbagai

tanda dengan lebih sistematik. Usahanya

membentuk asas kepada tanda baca yang

digunakan pada hari ini dalam banyak sistem

bahasa bertulis.

UMUM 
ASIDOSIS

Asidosis ialah keadaan apabila bendalir tubuh

mempunyai kandungan asid lebih tinggi daripada

normal. Tubuh mempunyai berbagai-bagai cara

untuk mengimbangi asidosis yang sederhana

teruk. Tetapi asidosis yang berlanjutan boleh

menyebabkan kelemahan, sakit kepala, dan

pernafasan sukar atau cepat. Asidosis yang teruk

boleh membawa kepada asidemia, iaitu

peningkatan asid dalam darah. Asidemia boleh

menyebabkan koma dan kematian.

UMUM 

Kembali ke atas