KARTUN | Kartun ialah lukisan atau siri lukisan yang menerangkan sesuatu cerita atau menjelaskan sesuatu mesej. Kartun mungkin menghiburkan, mendidik atau memberi komen tentang seseorang, sesuatu kejadian ataupun perkara. | UMUM | |
PARENTESIS | Parentesis ialah perkataan, frasa atau ayat yang ditambah kepada ayat lain bagi tujuan penerangan, tambahan maklumat atau komen. | UMUM | |
SONETA | Soneta ialah puisi 14 baris yang diiringi corak metis dan ritma tertentu. Namanya dalam bahasa Itali membawa makna lagu kecil. Dalam soneta Itali, oktaf (lapan baris pertama) menyatakan tema atau pengalaman, sementara sestet (enam baris terakhir) memberikan gerak balas atau komen pada tema. Skema rima oktaf ialah abbaabba (baris satu, empat, lima, dan lapan rima; dan baris dua, tiga, enam, dan tujuh rima). Skema rima sestet biasanya cdecde. | UMUM | |
MOOT | Moot ialah istilah lama Inggeris untuk sesuatu perjumpaan awam. Ahli-ahli pergerakan pengakap kini kadangkala menggunakan istilah tersebut untuk perjumpaan antarabangsa. Pelajar undang-undang menggunakan istilah tersebut untuk kes mahkamah olok-olok di mana pelajar berhujah antara satu sama lain bagi pihak klien rekaan mereka. ‘Hakim’ yang biasanya terdiri daripada tutor undang-undang atau peguam bertauliah, menghakimi dengan memberi komen terhadap perkara undang-undang yang dibangkitkan oleh para pelajar. Dalam percakapan biasa, perkara moot bermakna perkara yang boleh diragukan atau dipertikaikan. | UMUM | |