GETAH HUTAN | GETAH HUTAN, getah daripada tumbuh-tumbuhan liar di dalam hutan. Walaupun tidak mempunyai nilai komersil, getah hutan sangat berguna khususnya kepada masyarakat yang bergantung hidup pada sumber hutan. Mereka mengusahakan getah hutan untuk kegunaan sendiri dan hanya sebahagian kecil dipasarkan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
STONE, EDWARD DURELL | Stone, Edward Durell (1902–1978) ialah arkitek Amerika yang terkenal kerana hiasan konkritnya. Bangunan-bangunan yang direka oleh Stone yang termasyhur hampir ditutup sepenuhnya oleh hadangan konkrit yang dibuat dengan teliti, untuk perlindungan daripada matahari. Banyak antara bangunan yang direka oleh Stone dibina untuk pelanggan komersil, kerajaan dan akademik di luar Amerika Syarikat. | UMUM | |
SPOT | Spot ialah ikan yang popular untuk aktiviti memancing. Ikan ini panjangnya berbeza-beza dari 15 sentimeter hingga 25 sentimeter dan beratnya lebih kurang 0.2 kilogram. Spot ini berwarna keperakan di bahagian atasnya dan kebiruan di bahagian bawahnya, dengan satu tompok kecil berwarna gelap di bahunya. Di sebelah atasnya terdapat 12 jalur hingga 15 jalur berwarna kekuningan. Ikan ini ditangkap di sepanjang pantai Atlantik dan Teluk Mexico di Amerika Utara. Ia mempunyai nilai komersil yang tinggi sebagai makanan. Pengelasan saintifik. Spot tergolong dalam famili drum, Sciaenidae. Ia adalah Leiostomus xanthurus. | UMUM | |
NIPAH | NIPAH, sejenis pokok tropika daripada keluarga palma yang biasa tumbuh dan ditanam di pinggir sungai yang berlumpur khususnya di muara. Daun nipah yang berlidi tersusun di kedua-dua belah pelepah yang panjangnya lebih kurang 430 cm. Di Malaysia, pokok nipah merupakan pokok serba guna. Penduduk tempatan menggunakan semua bahagian pokok, iaitu daun, buah, akar, umbut dan nira untuk kegunaan persendirian dan komersil. | BUDAYA | Sumber/Bahan Alam |