Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.mu.nis] | کومونيس

Definisi : orang (golongan) yg menganut atau mengamalkan faham komunisme: mereka mempelajari ajaran Marx dan Lenin utk memperlengkapkan diri menjadi ~; parti ~; blok ~ kumpulan beberapa buah negara yg menganut dan mengamalkan komunisme; faham ~ komunisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.mu.nis] | کومونيس

Definisi : orang yg mengikut dan mengamalkan faham komunisme; pengikut atau penganut faham komunisme. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komunis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEMBOK BERLIN

Tembok Berlin dibina pada tahun 1961 untuk

membahagikan dua bahagian kota Berlin –

bahagian komunis di Berlin Timur, dan bukan

Komunis di Berlin Barat. Berlin berada jauh di

wilayah di bawah kuasa Komunis, di Berlin Timur,

tetapi pasukan berikat Barat di Jerman Barat

menguasai Berlin Barat. Jerman Timur yang

disokong oleh Kesatuan Soviet, membina Tembok

Berlin untuk menghalang orang Jerman Timur

berhijrah ke Jerman Barat.

UMUM 
PRAVDA

Pravda ialah akhbar rasmi Parti Komunis Kesatuan

Soviet hingga Parti Komunis itu hilang kuasanya

dalam kerajaan Soviet pada tahun 1991.

UMUM 
ROMANOV, GRIGORIY VASILYEVICH

Romanov, Grigoriy Vasilyevich (1923– ),

tokoh terkemuka Parti Komunis Kesatuan Soviet.

Parti Komunis menguasai kerajaan Kesatuan Soviet

sehingga tahun 1991. Romanov telah berkhidmat

sebagai ahli penuh Politburo parti tersebut dari

tahun 1976 hingga tahun 1985, dan sebagai ahli

Urusetia Jawatankuasa Pusat Parti tersebut dari

tahun 1983 hingga tahun 1985. Dia juga merupakan

ahli Presidium dari tahun 1970 hingga tahun 1985.

Politburo merupakan badan yang menentukan

dasar parti dan urusetia mengurus pentadbiran

hariannya. Presidium ialah sebuah badan penting

bagi kerajaan Soviet. Pada tahun 1985, Romanov

memohon untuk bersara dari semua jawatan,

disebabkan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Akan tetapi ramai pemerhati berpendapat bahawa

dia telah digugurkan kerana dia telah kehilangan

pengaruh dalam parti.

UMUM 
PKMPKM, parti politik kiri. PKM ialah singkatan Parti Komunis Malaya. Parti ini ditubuhkan pada tahun 1930 di Singapura. Usaha penyebaran ideologi komunis di kalangan orang Cina di Singapura dan di Tanah Melayu telah dimulakan sejak tahun 1921. penyebaran ideologi ini dilakukan melalui cawangan Kuomintang, sekolah Cina, risalah dan buku ideologi komunis. Beberapa orang tokoh komunis seperti Alimin, Tan Malaka, Darsono dan Sneevliet telah melawat dan tinggal buat sementara di Singapura. Dengan itu, penubuhan PKM kuat dipengaruhi oleh Parti Komunis di Negeri China dan gerakan Komunis Antarabangsa (Comintern) yang diselenggarakan oleh Rusia.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
POLITBURO

Politburo ialah biro politik Jawatankuasa Pusat

yang mengawal Parti Komunis Kesatuan Soviet dari

tahun 1919 hingga tahun 1991. Sebelum tahun 1990,

Politburo mengandungi anggota Parti Komunis yang

paling berkuasa, dan keputusan penting dalam

kerajaan Soviet memerlukan kelulusannya.

UMUM 
AIDIT D.N.

Aidit D.N. (1923–1965), mengetuai Parti Komunis

Indonesia dari tahun 1951 hingga tahun 1965. Dia

berjaya membina sebuah parti politik Indonesia

yang terbesar dan tersusun dengan baik, dengan

keanggotaan lebih daripada tiga juta orang. Parti

Komunis yang diketuainya menyokong Presiden

Sukarno. Selepas percubaan rampasan kuasa oleh

pegawai tentera prokomunis pada tahun 1965, Aidit

melarikan diri ke Jawa Tengah, dan dia telah

ditembak di sana.

UMUM 
PERANG DINGIN

Perang Dingin ialah istilah yang digunakan bagi

memerihalkan persaingan hebat yang tercetus

selepas Perang Dunia II pada tahun 1945 antara

kumpulan negara komunis dengan negara bukan

komunis. Pada satu pihak terdapat Kesatuan

Republik Sosialis Soviet (K.R.S.S.) dengan sekutu

komunisnya yang sering dirujuk sebagai Blok Timur .

Di sebelah pihak yang lain pula ialah Amerika

Syarikat dengan sekutu demokrasinya yang biasanya

dirujuk sebagai Blok Barat . Pergelutan kuasa

tersebut dinamakan Perang Dingin kerana ia tidak

membawa kepada peperangan sebenar atau perang

“panas” pada skala yang luas.

UMUM 
TITO, JOSIP BROZ

Tito, Josip Broz (1892–1980), menubuhkan

kerajaan Komunis di Yugoslavia selepas Perang

Dunia II (1939–1945) dan kemudian menjadi

pemerintah negara tersebut. Pada tahun 1948, dia

mengisytiharkan Yugoslavia bebas daripada

penguasaan Kesatuan Soviet. Tindakan ini telah

diikuti oleh China dan beberapa buah negara

Komunis Eropah Timur yang lain.

UMUM 
NGUYEN VAN THIEU

Nguyen Van Thieu (1923–2001), menjadi

presiden Vietnam Selatan pada tahun 1967, semasa

Perang Vietnam. Pada bulan April 1975 – di bawah

tekanan kuat penentang politik bukan Komunis

Thieu meletakkan jawatan dalam percubaan untuk

menggalakkan perbincangan gencatan senjata

antara Komunis dengan kerajaan Vietnam Selatan.

Tetapi Perang Vietnam berakhir kira-kira seminggu

kemudian dengan pihak Komunis mengambil alih

Vietnam Selatan.

UMUM 
SOONG CHING-LING

Soong Ching-ling (1890–1981) ialah tokoh yang

terkemuka dalam kerajaan Komunis China. Dia

berkhidmat sebagai Naib Pengerusi dalam kerajaan

dari tahun 1949 hingga tahun 1975. Soong Ching- ling bertugas sebagai

ketua pertubuhan wanita kebangsaan dan juga

Sino-Soviet Friendship Assocation (Persatuan

Persaudaraan China- Soviet) setelah Parti

Komunis berjaya bertapak di China.

Dia dianugerahi Hadiah Keamanan Stalin tahun

1925.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas